Hakikat kebenaran

Posted on January 6, 2009. Filed under: Tauhid |

rscn81465Assalamualaikum dan salam hormat.

Kebenaran dan kepalsuan pada umumnya adalah sesuatu yang boleh dibuktikan. Kebenaran pada hakikatnya adalah sesuatu yang menepati kewajaran kejadian dan dapat diterima oleh akal norma, dan jika ada cabaran ia dapat dipertahankan. Apakah definasi kebenaran yang lebih dapat diberikan selain dari hakikat tersebut?

Contoh kebenaran ialah seperti manisnya gula. Kita boleh mengatakan gula manis tetapi apa buktinya? Buktinya ialah lidah merasakan manisnya itu. Demikian juga apabila manusia itu ada mulut, maka nyatalah kebenaranya pada kejadian.

Berhujah dan berbahas adalah salah satu cara membuktikan kebenaran. Hujah haruslah bernas, menepati kejadian yang wajar dan diterima oleh akal umum yang murni. Jika hujah itu menepati kejadian yang wajar dan diterima oleh akal umum yang murni, itulah kebenaran. Dan jika sebaliknya, ia adalah satu kepalsuan.

Namun demikian, manusia adalah satu makhluk yang unik. Umumnya manusia menerima kebenaran apabila dapat dibuktikan. Terdapat segulungan manusia yang enggan menerima sesuatu yang terbukti itu sebagai kebenaran dan mereka menolaknya. Menolak kebenaran yang terbukti pada kejadian dan diterima oleh akal yang norma adalah suatu yang diluar norma kejadian pula. Mempercayai kepalsuan adalah suatu paksaan yang disengajakan. Akal dan hati nurani dipaksa mempercayai sesuatu yang diluar fitrah.

Banyak sekali kita jumpa pemaksaan yang tidak disedari kepada sesuatu yang di luar fitrah ini. Kita boleh ambil contoh mudah. Tumbuhan tidak akan dapat hidup tanpa air kerana air adalah satu dari elimen kehidupan tumbuhan selain dari haba atau cahaya matahari. Tumbuhan juga tidak akan hidup jika benihnya di tanam terlalu dalam ke dalam bumi sehingga sepuluh meter umpamanya. Demikian juga tumbuhan tidak akan hidup di musim salji di bawah liputaan ais yang setebal dua meter. Maka jelasnya jika ada yang mempercayai keadaan sebaliknya berlaku bagi dua contoh di atas, maka mereka adalah mempercayai kepalsuan dan memaksakan kepalsuan itu sebagai kebenaran.

Memaksakan kepalsuan untuk diterima sebagai kebenaran ini adalah pegangan kaum Atheis. Contoh utama kaum Atheis, mereka menolak alam yang ujud ini di cipta oleh Maha Pencipta. Namun mereka gagal membuktikan kejadian alam ini terjadi secara semulajadi. Mereka mengagungkan sains tetapi teori bing bang sains yang ditemui pada zaman moden ini telah dinyatakan dalam al-Quran empat belas abad yang lalu.

Demikian juga jika diambil contoh umumnya unggas berkaki enam. Ini adalah kenyataan kebenaran. Apakah dapat dipercayai jika ada yang menyatakan unggas berkaki empat. Jika ada, apakah unggas itu? Maka jika seseorang yang mempercayai unggas berkaki empat, dapatkah dia berdebat dengan Athies bagi membenarkan dakwaannya itu? Harus besar kemungkinan kaum Atheis akan menjadikan hujah itu sebagai bahan tertawaan. Bagaimana Athies tidak ketawa jika unggas berkaki enam dikatakan berkaki empat.

Persoalannya, apakah hal-hal ghaib dapat dibuktikan kebenarannya dengan kaedah kenyatan seperti di atas? Pastinya gulungam Athies akan bertanya apakah Tuhan dapat dibuktikan keujudannya? Jawabnya secara tegas ialah ya. Jika ya bagaiamanakah pula kaedah pembuktian kebenaran ujudnya Tuhan? Inilah soalan yang menjadi trade mark bagi gulunga Atheis dan gulungan menggunakan akal secara total tanpa sempadan.

Pembuktian zat peribadi Tuhan dengan mata kasar dari segi keujudanNya adalah menentang fitrah kejadian. Tuhan yang ghaib dari segi pandangan makhluk tetapi tidak ghaib pada diriNya. Maka mudah sekali analoginya. Pembuktian keujudan Tuhan adalah dari segi bekas ciptaanNya. Bekas ciptaan adalah menunjukkan ujudnya pencipta ciptaan itu. Namun harus dibataskan garis antara Tuhan dan ciptaanNya itu supaya tidak dikatakan pula Tuhan dan ciptaanNya adalah sama. Logika dan kewajaran kejadian membuktikan bahawa pencipta dan ciptaannya adalah dua perkara berbeza hakikat.

Wassalam..


Read Full Post | Make a Comment ( 82 so far )

Recently on Shahil’s Weblog...

Ibrahim Y Syihab: Setiap pendapat harus dianggap kebenaran walaupun tanpa diuji: Satu keyakinan tanpa dasar.

Posted on November 28, 2009. Filed under: Koleksi debat_islam-kristen |

Tidak berfikir panjang: Sikap buruk yang sering tidak diperdulikan.

Posted on November 28, 2009. Filed under: Suara hati nurani |

Ketaatan dan keimanan mengatasi ketakutan kesakitan: Hakikat pengorbanan Aidil Adha

Posted on November 26, 2009. Filed under: Hikmah Islam |

Empat kelompok sifat yang wajib bagi ALLah Taala: Nafsiah, Salbiah, Ma’ani dan Ma’nawiyah

Posted on November 22, 2009. Filed under: Tauhid |

Ibrahim Y Syihab: Cerai dihalalkan tetapi tidak disukai ALLah Taala: Bukti rasionalnya Islam

Posted on November 21, 2009. Filed under: Koleksi debat_islam-kristen |

Ibrahim Y Syihab: Bercerai haram dan tiada hukum bernikah semula dengan pasangan lain: Hukum yang bertentangan dengan fitrah manusia

Posted on November 20, 2009. Filed under: Koleksi debat_islam-kristen |

Ketulusan hati

Posted on November 17, 2009. Filed under: Suara hati nurani |

Manuskrip Dr. Robert P Walean Sr (Last Event Duty Institute): Kebenaran yang terungkap dari al-Quran dan Bible menyatakan ALLah Esa (Tauhid): Jawaban 24

Posted on November 15, 2009. Filed under: Kajian kristologi 2 |

Zaman persekolahanku: Darjah 3

Posted on November 14, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Sonny @ buana: Apakah trinitas Esa 3: Trinitas sebenarnya adalah hakikat bukan konsep. Konsep semata-mata tafsiran kerana ia tiada “ujudnya”, sedangkan hakikat adalah “ujud” trinitas. Maka trinitas adalah tuntasnya tiga bukan Esa menerusi hujah hakikat kerana hujah konsep tiada bernilai sama sekali.

Posted on November 10, 2009. Filed under: Koleksi debat_islam-kristen |

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...