Archive for February, 2009
Buana dan Exmuslim: Memahami bahawa hakikat zat ALLah Taala dan hakikat zat manusia adalah berbeza
Debat ini berlaku di yahoogroups debat_islam-kristen. Ia adalah jawaban kepada andaian-andaian hakikat Tuhan yang yang tidak normal yang dibuat oleh Buana dan exmuslim.
Salam hormat buat anda buana.
Buana:
jangan tersinggung dulu lahhh…. kebingungan ane dan rekan “ex” sangat beralasan sekali….ente tau kenapa ?
Shahil:
Saya tidak pernah tersinggung kok pak sony. Nada yang saya berikan adalah sesuai dengan tulisan [...]
Kakakku yang berkorban
Assalaamualaikum.
Jika membicarakan sebahagian dari kesah hidupku ini, tidaklah lengkap jika aku tidak menyebut perihal kakakku yang mulia. Kakakku ini adalah kakakku satu-satunya. Dialah kakak dan dialah abang.
Aku telah menyebut beberapa bab dari penderitaan aku sekeluarga semasa kecil. Betapa aku dan kakakku menjadikan hanya nasi dan ikan masin sebagai makanan harian. Kemiskinan melengkari kami sekeluarga. Jangankan [...]
Ketika masa sudah suntuk, tiada apa yang dapat diharapkan melainkan pengharapan.
Assalaamualaikum dan salam hormat.
Ketika duduk santai bersama isteri pada pukul 10.14 malam 26hb. Februari, 2009 penulis teringat satu kesah yang penulis lihat memberi satu hikmah pengajaran yang mendalam. Peristiwa itu biasa-biasa sahaja bagi sesetengah orang. Namun ia menjadi memory kepada penulis dan apa yang penulis fikirkan ketika itu masih lagi terpahat dalam ingatan.
Penulis mempunyai seorang [...]
Yohanes: Salasilah Jesus berbeza antara Matius dan Lukas
Debat ini berlaku di laman debat_islam-kristen@yahoogroups.com. Ia adalah lanjutan dari HMN Abdul Rahman yang mempersoalkan salasilah Jesus yang berbeza antara Matius dan Lukas. Yohanes telah memberikan analogi jawabannya dan penulis membuat soalan susulan.
Salam hormat untuk anda Yohanes.
Yoh:
shahil: Melalui tulisan HMNAR, sila anda berikan siapakah “dua kakek”
dan “dua nenek” Jesus itu.Yohannes: Saya tidak boleh (dapat) [...]
Manuskrip Dr Robert P Walean Sr (Last Events Duty Institute): Kebenaran Yang Terungkap Dari al-Quran dan Bible Menyatakan ALLah Esa (Tauhid): Jawaban 3
DR.ROBERT P. WALEAN Sr: Mukasurat 3
“Sesungguhnya ALLah akan membangkitkan setiap seratus tahun orang yang akan membaharui agamanya” (Hadith riwayat Abu Daud, Hakim, baihaqi dengan pensahihan). Hadith ini sangat jelas menyatakan aka nada pembaharuan dalam agama yang benar. Maksudnya bukan ada perobahan dari yang asli kepada yang baru tetapi memurnikan kepada yang asli. Al-Quran surah al-Mu’minun [...]
Manton dan Buana: Jika Tuhan Kristen bukan zat, Ia hanyalah abstrek dan bayang-bayang.
Salam hormat untuk anda Manton dan Sony.
Sony:
Betul sekali pak “ex”, disinilah kelemahan ajaran ketuhanan islam, mereka hanya dapat mengatakan allah itu adalah dzat yang sempurna, yang meliputi alam semesta, tetapi mereka sendiri tidak tau apa dzat itu….mereka tidak tau dimana dan bagaimana allah yg mereka sembah itu.
Shahil:
Apakah anda pernah mendalami ajaran Tauhid? Jika tidak pernah [...]
Sifat wajib bagi ALLah Taala yang ke 8: Iradah
IRADAH
Adapun sifat yang ke 8 yang wajib bagi zat ALLah Taala ialah Iradah. Iradah ertinya berkehendak ALLah Taala bagi menentukan segala yang harus yakni alam. Maka berkehendak ALLah Taala bagi menentukan samada alam yang harus ini dijadikan atau tidak, atau setelah dijadikan hendak dikekalkan ujud atau tidak, atau tidak hendak dijadikanNya alam ini.
Adapun takluk Iradah [...]
Manuskrip Dr Robert P Walean (Last Events Duty Institute): Kebenaran Yang Terungkap Dari al-Quran dan Bible Menyatakan ALLah Esa (Tauhid): Jawaban 2
DR.ROBERT P. WALEAN Sr: Mukasurat 3
Al-Quran surah asy-Syura 42: 13 “Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepadamu, dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya”. Perhatikanlah kata “janganlah kamu berpecah belah [...]
Syarat-syarat perjalanan suluk untuk mensucikan hati dari aib nafsu
SYARAT-SYARAT BAGI PERJALANAN SULUK TARIQAT KHSUSIAH SUFIAH
Ketahuilah bahawa perjalanan suluk tariqat khususiah sufiah ini bukanlah hanya bertujuan membersihkan hati nurani dari nafsu kejahatan dan menggantikan dengan nafsu kepujian sahaja. Maksudnya ia bukanlah hanya untuk menyingkirkan sifat riak kepada ikhlas, sifat tamak kepada redha atau menyingkirkan keluh kepada tawakkal sahaja. Tetapi suluk itu menghendaki tujuan yang [...]
Meluruskan penyelewengan surah ali-Imran 3: 54:- Dakwaan ALLah penipu ulung
Assalaamualaikum dan salam hormat.
Fei Fei Fery dan tiUR, pendebat kristen berkata ALLah Taala yang diyakini orang Islam adalah Tuhan penipu. Mereka berkata demikian berdasarkan bacaan harfiah ayat al-Quran surah ali-Imran 3: 54,
Ada sebuah ayat dalam Quran yang berkata:
[3.54] Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Auwloh membalas tipu daya mereka itu. Dan Auwloh sebaik-baik pembalas [...]
Zaki Muzakir: Debat 7: Authoritas dalam menafsir dan memahami agama
INI ADALAH JAWABAN KEPADA TULISAN ZAKI MUZAKIR YANG DIHANTAR KE EMAIL PERIBADI PENULIS.
Zaki:
Ya, saya tak perlu authority. Saya percaya diri (confident) dengan kemampuan berpikir saya. Saya akan memilih tulisan pakcik kalau memang lebih benar dari imam syafiie. Saya tak perlu tahu authority pakcik dan imam Syafiie.
Shahil:
Saya menegaskan kepada anda bahawa confident dan kemampuan berfikir [...]
Meluruskan penyelewengan surah Qaaf 50: 29:- dakwaan al-Quran membenarkan Bible
Ayat surah Qaaf 50: 29 sering dijadikan hujah oleh penganut Kristen untuk mengatakan Bible adalah kitab suci dari Tuhan. Meraka mengatakan ayat ini adalah membuktikan ayat Bible Yohanes 1: 1 yang menyebut “Bermula Firman bersama ALLah…” adalah “kalimah” ayat surah Qaaf tersebut..
Ayat surah Qaaf 50: 29 bermaksud “Tidaklah berubah-ubah perkatan (Kalimah) di sisiKu…”
Ayat [...]
Masa lalu satu memory
Assalaamulaikum dan salam hormat.
Sebulan yang lalu penulis menerima sms dari seorang rakan karib penulis yang senegeri dengan negeri asal penulis iaitu negeri Pahang, Malaysia. Dia menyatakan bahawa laman web Institut Pertanian Malaysia telah diujudkan dengan tujuan semua bekas-bekas penuntunya dapat berhubung semula.
Apabila mendapat sms tersebut, tanpa bertangguh penulis terus membuka internet dan layari laman web [...]
Manton: Dakwaan al-Quran sama dengan Jesus (didakwa Injil yang hidup)
DEBAT INI BERLAKU DI MILIS debat_islam-kristen@yahoogroups.com
Salam hormat buat anda, manton.
Manton:
dari penjelasan Quran dan umat islam, Muhammad itu adalah Nabi yang menghadirkan Firman Allah (Quran)
shahil:
Apakah yang anda faham dengan Firman ALLah Taala? Ia juga disebut sebagai Kalam ALLah Taala.
Saya ingin mnjelaskan kepada anda, untuk memahami Firman anda harus menuntut ilmu Tauhid dengan mendalam. Jika anda tidak [...]
Manuskrip Dr Robert P Walean (Last Events Duty Institute): Kebenaran Yang Terungkap Dari al-Quran dan Bible Menyatakan ALLah Esa (Tauhid): Jawaban 1
DR.ROBERT P. WALEAN Sr: Mukasurat 3
Dakwah kita haruslah dalam rangka memeprsatukan iman dan bukan memperbesarkan jurang perbedaan iman. Kerana al-Quran menyatakan “Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu (al-Ankabut 29: 46). “Sesungguhnya agama Tauhid ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertaqwalah kepadaKu (al-Mu’minun 23: 52). Berusahalah memlihara kesatuan [...]
Sifat wajib bagi ALLah Taala yang ke 7: Qudrah
QUDRAH
Adapun sifat yang wajib bagi ALLah Taala ialah Qudrah ertinya berkuasa. Erti berkuasa ALLah Taala itu ialah sifat yang mudah bagiNya mengadakan atau meniadakan segala yang baharu. Segala yang baharu adalah jirim, jisim dan aradh. ALLah Taala mencipta segala yang baharu itu muafakat dengan sifat IradahNya iaitu sifat berkehendak bagi menentukan dan sifat ilmu iaitu [...]
Zaki Muzakir: Debat 6: Authoritas dalam menafsir dan memahami agama
INI ADALAH JAWABAN PENULIS KEPADA TULISAN ZAKI MUZAKI YANG DIHANTAR KEPADA EMAIL i_shahil@yahoo.com PENULIS.
Salam hormat untuk anda Zaki Muzakir.
Zaki:
Saya tetap mendengarkan Imam syafii dan lainnya. Saya pun membaca tafsir para ulama. Tapi saya mendengar dan membaca tafsir mereka tanpa perlu mempertimbangkan kapasitas (capacity) mereka.
Shahil:
Mengapa anda tidak perlu mempertimbangkan keauthoritian mereka?
Saya bertanya kepada anda, antara tulisan [...]
Read Full Post | Make a Comment ( None so far )« Previous Entries


