Edi Cassanop: Definisi Tuhan: Bantahan terhadap dakwaan Tuhan tidak dapat dikenal melalui kewajaran kejadian alam dan penelitian akal normal.
Tulisan ini adalah respon kepada tulisan Edi Cassanop di milis debat_islam-kristen@yahoogroups.com.
Penulis telah membuat pertanyaan cabaran kepada saudara kita pendebat Kristen apakah definisi Tuhan. Selama ini kita hanya berkoar-koar berkata Tuhan Tuhan dan Tuhan tetapi tiada kesimpulan tentang Tuhan itu.
Seoarang yang aktif di milis Islam_kristen@yahoogroups.com bernama Zaki Muzakkir telah memberikan komentar bahawa definisi Tuhan hanya permainan bahasa tetapi tidak membawa makna apa-apa. Beliau mengatakan Tuhan tidak dapat didefinisikan kerana Tuhan tidak dapat ditangkap dengan akal. Bahkan beliau mengatakan bermksud bahawa adalah sia-sia sahaja mahu mendefinasikan Tuhan.
Dan Edi Cassanop menyatakan persetujuannya dengan apa yang diperkatakan oleh Zaki Muzakkir.
Hormat dari saya untuk anda bung Edi Cassanop.
EDI CASSANOP:
Kemana aza selama ini akang? Terus terang saya teramat tidak pernah melihat islam seperti anda yg jujur mengatakan bawah Tuhan tidak bisa kita masukkan dibawah akal kita selaku pencipta.
SHAHIL:
Pertama sekali saya bertanya apakah agama anda? Seharusnya anda menyatakan agama anda. Jika anda beragama Islam pastinya panduan anda ialah al-Quran. Jika anda Kristen pastinya panduan anda Bible. Jadi selepas ini anda dan semua pembicara yang menyinggung apa sahaja topik haruslah menyatakan agamanya.
Apakah anda tidak membaca al-Quran? Maaf saya katakan jika saya menebak, anda kelihatan seperti tidak membaca al-Quran sehabis tuntas. Kerana apa yang saya katakan demikian, ialah kerana anda tidak melihat bagaimana al-Quran iaitu ALLah tentunya sangat memuliakan akal dan memberikan ruang secukupnya untuk membahaskan hakikat sesuatu. Jika al-Quran memberikan ruang seluas itu, mengapakah tiada ruang untuk mengenal Tuhan dengan akal menerusi jalan yang diberikan?
Jika anda Kristen, saya tidak hairan kerana kristen adalah doktrin. Doktrin Kristen ialah Tuhan harus diimani sahaja. Maka sebab itulah umat Kristen menolak dengan berbagai alasan untuk memperkatakan Tuhan melalui kewajaran dan akal normal.
Mengapa anda manolak akal? Apakah anda mahu mengimani perkara di luar akal normal yang tidak ada jalan untuk dijelaskan? Apakah anda mahu terjun ke dalam sumur jika dikatakan orang di dalam sumur ada Tuhan? Mahu? Mengapa tidak mahu? Kerana akal anda menolak Tuhan berada di dalam sumur. Nah akal itu kok…
EDI CASSANOP:
Aku harap anda bisa bermafaat bagi saudara-saudara muslim. Mayoritas Muslim bro merasa hebat kalau tuhan dan defenisnya 100 % sudah dikuasainya. Bahakan ada yg membuat Modelnya secara matematika.
SHAHIL:
Semua agama ada system penafsirannya. Dari mana dasarnya pak Edi? Tentunya dari Kitab kok. Kalao Islam dari al-Quran dan kalo Kristen dari Bible. Anda setuju? Masak tidak pak, melainkan anda Atheis.
Mungkin anda tidak pernah meliihat orang Islam mendifinisikan Tuhan dan ALLah. Atau jika ada mereka tidak membuat cabaran untuk medebatenya. Nah, apabila saya menuliskannya secara terang-terangan dan bersedia untuk dibahaskan, anda dan yang lain terkejut.
Dalam Islam ilmu mengenal Tuhan dinamakan ilmu Tauhid. Ia mengenal Tuhan dengan akal dan kewajaran normal, dengan dasar al-Quran berpandukan ciptaan Tuhan. Kemudian ada pula amalan tasauf untuk merasakan kehadiran Tuhan itu. Ini system yang intisarinya dari al-Quran. Ia memerlukan kajian, penelitian, pembelajaran dan pengamalan yang secukupnya.
Dalam Kristen bagaimana? Apakah kata Tuhan? Tuhan berkata “Baiklah Kita jadikan manusia seperti rupa kita”. Apa itu rupa? Wajah iaitu bentuk jasad. Namun mengapa semua mengeleskan kepada “sifat kebaikan Tuhan” Mengapa? Jawabnya kerana Paulus mendoktrinkan bahawa “Aku akan dijumpai kepada mereka yang tidak mencari aku”. Nah disinilah kesilapan umat memahamkan ayat Tuhan menurut kitab Bible.
Maka inilah duduk perbezaan Kristen dan Islam. Jelas sekali itu tetapi keegoan manusia hatta yang mengaku Islam sekalipun, dan juga mereka gagal membaca al-Quran dan Bible itu setuntasnya membuatkan mereka sendiri mengclaim Tuhan tidak dapat dikenal dengan akal. Bahkan ALLah melalui al-Quran jelas memberikan dasar dan jalan mengenalNya. Apakah ALLah sebagai Tuhan mahu membiarkan manusia ciptaanNya meraba-raba untuk mengenalNya dengan tidak memberikan jalan? Ketahuilah bahawa jika ALLah Taala tidak memberikan jalan untuk saya mengenalNya, demi Dia yang saya di dalam genggamanNya, sayalah orang yang pertama mempersoalkanNya jika Dia memasukkan saya ke dalam neraka kerana gagal mengenalNya.
Saya tidak mahu mempengeruhi anda tentang siapakah Zaki Muzakkir. Saya menghormatinya. Namun silalah anda membaca kategori “koleksi debat islam_freethinker” dalam blog saya. Saya tidak akan mempengaruhi anda tetapi anda sendiri boleh menilai hujahnya dan hujah counter saya.
Dan semua debate yang saya jalani yang saya postkan dalam blog saya, berkemungkinan besar akan menjadi pelajaran dan contoh bagaimana Tuhan sebenarnya boleh dicari. Dan ia akan membuka minda manusia yang selama ini didoktrinkan bahawa Tuhan adalah hanya abstrak.
Kepada semua anda sekelian yang membaca tulisan saya ini, bukalah minda anda bahawa Tuhan tidak demikian kejam membiarkan anda keliru dalam mengenalNya, membiarkan anda meraba tanpa jalan mengenalNya. Tuhan begitu Bijaksana mencipta manusia maka demikian juga dia Bijaksana memberikan dasar dan jalan mengenlNya sesuai dengan KebijaksanaanNya mencipta manusia. Dan Dia dengan bijaksana mencipta jalan itu yang sesuai dengan kejadian manusia yang Dia sendiri ciptakan.
EDI CASSANOP:
Padahal kita ini ciptaan, jgnkan untuk memahami Tuhan yg tanpa awal dan tanpa akhir, memhami yg ada disekitar kita saja banyak yg tidak bisa kita kuasai.
SHAHIL:
Pak Edi, dalam penguasaan ilmu pengetahuan seharusnya anda memahami tahap pencapaian manusia. Ini penting pak.
Anda dan dosen anda siapakah yang lebih memahami? Pastinya dosen anda. Apakah anda lebih megetahui ilmu kimia, fizik dan kajihayat dari dosen anda sebelum anda belajar darinya? Saya fikir tidak kok pak kerana jika anda lebih mengetahui bikin apa anda belajar darinya? Nah, jika anda tidak mengetahui ilmu tafsir ketuhanan Islam, mengapa anda harus terus ngotot tanpa mempelajarinya dari saya?
Okeee, apakah dosen anda telah menguasai sehabisnya segala ilmu? Jawabnya ya pada ilmu yang seadanya di alam dunia ini. Ertinya jika PHD sehabis tinggi, itulah penghujung ilmunya. Nah, apakah dia tahu ilmu yang di atasnya lagi? Tentu tidak kok pak kerana yang tidak diektahuinya itu orang lain juga tidak tahu. Itu sudah jadi rahsia Tuhan yang tidak memberikan jalan untuk pak professor itu mengetahuinya.
Maka demikian juga dalam memahami ilmu ketuhanan. Kita mempunyaiu batas kemammpuan dan had tertentu untuk mengetahui Tuhan itu. Tuhan Maha Sempurna. Apakah anda tidak setuju? Jika tidak Tuhan apa-apaan itu? Maka seharusnya Kemuliaan Tuhan tuntas melebihi kemuliaan makhlukNya. Maka ada batas tertentu antara manusia dan Tuhan itu dalam keujudan. Maka logis sekali jika Tuhan itu KemuliaanNya absolute mutlak, harus ada hal-hal bagiNya yang tidak mampu diketahui oleh makhluknya. Jika semua diketahui dimana kelebihan Tuhan itu lagi?
Maka adalah wajar sekali Tuhan itu harus dapat dikenal tetapi pengenalan itu tidak mutlak hingga ke satu tahap Tuhan itu dapat ditelanjangi oleh akal manusia. Tuhan itu dapat dikenal tetapi Dia bersalahan hakikatNya dengan makhluk, dan hakikat itulah yang tidak dapat diketahui dan dibatasi dengan makhluk.
EDI CASSANOP:
Ibarat ciptaan ingin membuat defenisi pada penciptanya, tanpa sadar karena kesombongannya ia telah mejadi pencipta Bagi TUhan.
SHAHIL:
Seperti yang saya katakan tadi, bukanlah Tuhan yang adil jika Dia mencipta makhluk tetapi tidak memberikan dasar dan jalan bagi makhluk untuk mengenalNya.
Apakah pantas Tuhan mencipta manusia tetapi membiarkan manusia meraba-raba mencarinya? Maka merabalah manusia dengan mengatakan Dia batu berhala, berkepala botak, bertangan lapan, bermata bundar dan lebih lagi mengatakan tidak dapat mengenal Tuhan itu.
Jika manusia tidak dapat mengenal Tuhan itu samalah manusia merentas hutan belentara untuk sampai ke negeri seberang hutan itu. Tanpa kompas dan di malam hari pula. Berpusing-pusinglah ia di dalam hutan dengan hanya berharap sampai. Tanpa kompas dan berpusing-pusing dalam hutan itulah mengenal Tuhan tanpa dasar dan berharap sampai itulah “imani aja”
EDI CASSANOP:
Lalu darimana kita mengenal Tuhan yg tidak kelihatan itu?
SHAHIL:
Saya bertanya kepada anda, bagaimana anda tahu anda ada Tuhan? Apakah dengan meraba dengan tangan? Apakah anda mencium Tuhan? Apakah itu cara anda mengenal Tuhan. Jika demikian, benarlah “Tuhan itu seperti rupa Kita”?
EDI CASSANOP:
Dalam kristen dikenal dua pernyataan Tuhan yakni Pernyataan umum dan khusus. Saya bukan sedang membahas ini. Intinya adalah kita mengenal Tuhan hanya sebanyak atau sejauh yg DIA telah beritahu atau kenalkan kepada kita mengenai diriNya.
SHAHIL:
Saya sangat senang dengan pernyataan anda “Intinya adalah kita mengenal Tuhan hanya sebanyak atau sejauh yg DIA telah beritahu atau kenalkan kepada kita mengenai diriNya”…Sekarang kita uji dari perpektif al-Quran dan Bible…
Bagaimanakah Bible menjelaskan cara mengenal Tuhan? Yang paling jelas ialah Paulus mengatakan “Tuhan berkata: Aku dikenal oleh mereka yang tidak mencari aku”. Baiklah, saya bertanya kepada anda siapakh Tuhan anda? Jesus? Bapa dan Roh? Atau Yahweh? Dari mana anda tahu? Dari Bible? Bagaimana? Dengan akal? Kelihatannya tidak kerana “orang yang memikirkan AKu tidak akan mengenal Aku” kata Paulus. Jadi bagaimana? Bible berkata tidak akan dapat mengenal Tuhan dengan berfikir. Jadi dengan hati sahajakah? Maka imani aja kok. Apa dasar Tuhan itu? Anda berkata Zat. Apa itu Zat? Anda menjawab keberadaan. Dari mana anda tahu tanpa memikirkan? Pasti anda berfikir apakah extansi dan substansi. Nah bukankah itu berfikir? Namun anda menolak akal sedangkan dalam masa yang sama anda berfikir juga tentang Tuhan.
Bagaimana al-Quran menjelaskan dasar dan tanda mengenal Tuhan? ALLah Taala telah menjelaskan dengan FirmanNya “Dan pada langit dan bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLah…”. Apa itu “langit dan bumi”? Iaitulah ciptaan ALLah. Apakah manusia tidak termasuk dalam langit dan bumi iaitu ciptaanNya? Semua itu adalah ciptaan ALLah sesuai dengan FirmanNya bermaksud “ALLah itu Pencipta langit dan bumi dan barang yang diantaranya”. Maka manusia itu duduk di antara langit dan bumi.
Sekarang apakah dasar yang lebih khusus lagi selain tanda kekuasaan ALLah itu? Nah, ALLah memberikan lagi tanda pada manusia, kerana manusia itu “…dan diantara kedua langit dan bumi itu”. Firman ALLah Taala lagi bermaksud “Dan pada diri kamu itu mengapakah tidak kamu lihat” yakni mengapakah kamu tidak lihat manusia itu sebaik-baik makhluk yang dicipta ALLah Taala?
Dari dua ayat di atas jelas sekali dasar dan tanda untuk mengenal ALLah Taala. Sekarang persoalannya bagaimanakah sistematika menggunakan tanda itu. Nah al-Quran mengatakan lagi ALLah itu mendengar, melihat, berrkata-kata, berkuasa, menentukan, mencipta dan semua sifat kesempurnaan. Lalu dari mana manusia dapat membayangkan apakah yang dikatakan penglihatan, pendengaran, kekuasaan dan lain-lain itu? Yaaa dari kejadian diri manusia itu sendiri. Anda menolak? Mengapa menolak dalam keadaan anda melihat, mendengar, berkata-kata dan sebagainya? Ertinya di sini tanda untuk memahamkan melihat, mendengar dan lain-lain sifat manusia adalah tanda dasar dalam mengenal sifat ALLah itu.
Sekarang anda mempersoalkan jika manusia dijadikan contoh, berrmakna Tuhan bersamaan makhluk. Saya bertanya kembali, jika tanpa makhluk apakah perbandingan yang dapat anda gunakan? Cuba anda bayangkan tiada makhluk siapakah dapat mengenal adanya Tuhan? Tuhan tersembunyi tuntas jadinya. Sebab itulah ALLah berFirman dalam Hadith Qudsi bermaksud “…Aku jadikan makhluk itu mengenal akan Aku”.
Dan ALLah lagi dengan ilmuNya menjelaskan pula bahawa hakikat ZatNya bersalahan sama sekali dengan makhluk. Masakan ALLah bersamaan dengan hakikat makhluk? Apakah ALLah mendaging? Apakah ALLah berstruktur besi? Amatlah naïf ALLah sedemikian. Tidak tergambar dalam kesempurnaan Tuhan Dia itu seperti makhluk. Manusia adalah daging. Daging bertumbuh dari kecil kepada besar dan akhirnya kecut tua. Apakah hakikat Tuhan sedemikian? Mustahil dan Tuhan tidak sekali-kali akan demikian.
Maka bagaimana ALLah itu jika bukan seperti makhluk? Nah di sini sistematika perbandingan mengambil peranannya. Tuntaskan duluan definisi hakikat makhluk. Nah semakin menjurus bicara ini dan semakin dalam. Lihat diri anda itu apakah hakikatnya. Anda adalah jisim yang bertongkol dan menempati ruang. Anda bersifat iaitu aradh. Apakah ALLah jisim dan aradh? Tidak pak, mustahil dan ALLah tidak akan sekali-kali seperti itu. Maka apakah ALLah jika bukan jisim dan aradh? Iaitu Dia iaitu ZatNya yang hakiki tersendiri yang bersalahan dengan hakikat makhluk. Bersalahan ZatNya dan sifatNya. Nah di sinilah batas yang ALLah bataskan kita untuk mengenalNya. Mengapa? Kerana ketidakmampunya kita menatap ZatNya. ALLah menjelaskan hal ini dalam peristiwa Musa yang pengsan ketika melihat gunung meletup, kerana ALLah Taala mentajallikan ZatNya kepada gunung itu dan gunung meletup kerana kelemahannya menerima pentajallian Zat ALLah Taala.
Oke, jelas sekali bagi mereka yang mahu membuka akal dan hati nuraninya dalam mengenal ALLah Taala sebagai Tuhan. Inilah sistematika yang berintisarikan ajaran al-Quran dengan peralatannya akal dan kewajaran normal.
Sangat mencerahkan.
Hormat.
http://shahil.wordpress.com


