Maxi Iroth: Definisi dan pertunjuk mengenal Tuhan
Debat ini berlaku di milis islam_ktisten@yahoogroups.com antara penulis dan seorang penganut Kristen yang menamakan dirinya Maxi Iroth. Ia berhubung dengan definasi Tuhan yang penulis jadikan satu tajuk debat.
Penulis telah memberikan definasi Tuhan menurut ilmu Tauhid iaitu “Zat Yang Maha Sempurna dari segala sesuatu dan segala sesuatu itu memerlukanNya”.
Di bawah ini adalah tanggapan dari Maxi dan counter argument dari penulis.
MAXI:
“Zat yang Maha Sempurna… inikan pernyataan manusia. Dimana kita bisa menyakini bahwa Tuhan itu Zat yang Maha Sempurna?… semua itukan hanya kepintaran ulama2 Arab terdahulu yang mengupas dan mengatakan Tuhan itu adalah Zat. Sejak kapan manusia sekarang di abad 20 ini di jamah Tuhan? termasuk anda sendiri?… Manusia itu pintar bersilat lidah… lebih tinggi dia berpendidikan tinggi lebih banyak membodohi manusia….
SHAHIL:
Pertamanya saya menganggap anda adalah agamis. Kerana kemungkinan besar jika anda Atheis anda tidak akan bergabung dengan milis ini. Maka saya akan menjawab dalam skop agamis.
Manusia dan Tuhan adalah dua perkara berbeza. Siapakah yang mencari siapa? Apakah Tuhan mencari manusia? Tidak sekali-kali kerana Tuhanlah mencipta manusia. Maka manusialah mencari Tuhan. Setiap manusia ada naluri bertuhan. Cuma cara dan keyakinannya berbeza. Namun Tuhan diyakini sebagai satu super power yang menjadi sumber dan menguasai alam maya dan segala isinya.
Pernahkan anda bertanya mengapakah anda melihat? Saya fikir tidak, dan kalau ya anda pemikir. Anda melihat kerana ada benda yang dilihat. Anda dan yang dilihat itu adalah ciptaan Tuhan. Dan pernahkah anda terfikir jika Tuhan tidak mencipta yang dilihat, apakah anda akan dicipta dengan penglihatan untuk melihat? Dan apakah keadaan anda ketika itu? Nah, jika ini sahaja anda tidak mampu memikirkannya, apakah sebab anda dijadikan begini?
Ketahuilah anda melihat apa yang dapat dilihat, anda mempunyai deria rasa merasa apa yang dapat dirasa. Itulah keAgungan Tuhan yang mencipta dengan sangat bijaksana hingga anda sendiri tidak dapat memikir apakah kejadian anda jika Tuhan tidak mencipta apa yang dilihat itu.
Mengapakah kita ragu bahawa Tuhan itu Maha Sempurna? Tuhan super power apakah layak lemah? Jika lemah Dia sama dengan saya dan anda. Apakah layak Tuhan mendaging seperti saya dan anda? Jika Tuhan mendaging, Dia adalah satu spisis dengan makhluk. Tuhan bukan makhluk tetapi Pencipta makhluk.
Anda mahu menemui Tuhan dengan menjamahNya. Namun saya bertanya apakah anda mampu menjamah “ketakutan”. Anda bertemu macan tanpa senjata di dalam hutan. Anda dicengkam “ketakutan” yang datang menyerap. Coba anda tolak “ketakutan” itu dengan tangan anda. Bolehkah?
Anda tidak mampu menjamah angin. Anda merasakan angin yang menjamah tubuh anda tetapi anda tidak mampu menjamahnya. Angin itu sesuatu yang ujud fiziknya berpuput bukan pepejal. Dan ia bersifat dingin dan panas. Anda hanya mengetahui adanya angin dari dingin atau panasnya.
Apakah Tuhan dapat dijamah? Jika dapat dijamah ia adalah benda. Dan benda ialah makhluk. Anda mendaging, besi pepejal, kayu pepejal, air bendalir. Itu semua benda dari spisis makhluk. Apakah Tuhan daging, pepejal dan bendalir? Tidak seharusnya sekali-kali Tuhan sedemikian.
Anda melihat dan berpotensi buta atau setidaknya rabun. Apakah Tuhan berpotensi rabun? Saya tidak fikir akal normal berkata Tuhan berrpotensi rabun.
Inilah konsep ketuhanan yang dicerna oleh akal yang normal. Tuhan seharusnya absolute. Akal normal tidak menerima Tuhan lemah.
Kejadian normal menunjukkan setiap yang ujud ada diri jasmaninya. Diri jasmani juga disebut Zat atau sosok. Tuhan bukan hanya “keberadaan” sesuatu. Jika Tuhan adalah “keberadaan” maka setiap yang ujud haruslah disebut Tuhan. Manusia ada, air ada, Tuhan juga ada. Ada adalah “keberadaan” diri jasmani sesuatu. Mengapa anda tidak disebut Tuhan juga? Air diri jasmaninya bendalir, angin puputan dan anda jasad mendaging. Semua itu ada dalam “keberadaannya”.
Atheis tidak percayakan Tuhan. Tetapi bapa Atheis dunia ialah Stalin apabila mati merintih ia menyebut Tuhan. Mengapa? Apakah kerana dia bersilat lidah? Tidak. Dia menyeru sesuatu yang hati nuraninya percaya. Setiap manusia mempunyai naluri bertuhan. Cuma Stalin cuba sedaya upaya membohongi dirinya.
Anda berkata ulama Islam bersilat lidah dengan bijaknya membodohi manusia. Tidak apa-apa kerana saya dan Muslim tidak akan mati hanya dengan kalimat anda itu. Namun saya suka mengambil perbandingan. Persoalan saya, dari manakah ujudnya iktiqad trinitas? Dari Jesus? Jesus tidak pernah berkata “Akulah Tuhan Anak dari tiga Tuhan”. Tidak ada tuntas. Nah, dari mana munculnya trinitas? Yah, dari Konsili Niece kok. Di sanalah Palulus bersilat lidah memaksakan trinitas kepada orang lain. Bahkan bukan hanya bersilat lidah, tetapi dia menggunakan tongkat Maharaja Rome bukan besilat lidah lagi tetapi berkarate.
Dan dari mana pula ajaran “cara hidup baru kelahiran semula” kristen? Dari Jesus? Anda boleh melihat sendiri dalam Bible itu.
Hormat.



Wa’alaikumussalam dan assalaamualaikum kembali Fauzi.
ID email pakcik ialah i_shahil@yahoo.com
Khusyuk solat ertinya hanya ingat kepada ALLah Taala sahaja dalam solat itu tanpa ingat kepada yang lain. Yang lain itu pastilah dunia.
Sebenarnya yang khusyuk solat sebenarnya ialah Nabi kita Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Bahkan Sayyidina Ali RadhiaLLahu anh juga gagal dalam test khusyuk. Dia dijanjikan Nabi dua helai baju untuk dipilih jika khusyuk. Tetapi Ali gagal kerana terfikir-fikir baju mana yang akan dipilihnya dalam solat itu. Nah, apa lagi kita ini.
Namun ulama kita telah memberikan beberapa system untuk mendapatkan solat khusyuk. Ertinya jika Nabi solatnya grade A, kita dapat gred B pun ok apa.
Beberapa tips untuk mendapatkan solat khusyuk adalah seperti berikut:
1) Fahami maksud bacaan. Ketika membacanya hadirkan maksud itu.
2) Keluarkan ingatan dunia sebelum takbiratul ihram. Banyak kaedah boleh digunakan seperti contohnya kita munajad dahulu kepada ALLah “Ya ALLah, aku keluar dari segala urusan dunia ini dan aku masuk ke dalam hadratMu” Kemudian takbirlah kita dengan niat solat denga memusatkan kepada ALLah Taala.
3) Tetapkan jasad jangan bergerak kerana apabila bergerak hati akan bergerak menurut jasad. Contohnya jika kita menggaru, hati akan teringat perbuatan menggaru kita. Maka jadikan diri seperti patung ketika solat.
4) Ingatkan ALLah Taala memerhatikan kita. Jika kita di hadapan Presiden takut untuk tidak tentu, maka apa lagi di hadapan ALLah Taala.
5) Ketika berpindah rukun Fi’li, tetapkan dulu kedudukannya sebelum membaca tasbihnya atau bacaannya. Contohnya ketika berpindah kepada rukuk, tetap dahulu rukuknya jangan bergerak kemudian barulah membaca tasbih.
6) Solat dengan suka hati. Jika tidak boleh suka hati, solat dengan sifat sabar jangan gopoh gapah.
Ini adalah antara tips solat khusyuk yang biasa-biasa sahaja.
Namun jika mahu solat yang lebih tinggi dan lebih nikmat, haruslah ada rasa dzauk kepada ALLah Taala. Dzauk menghasilak jazbah iaitu keadaan diri yang “ditarik” kepada ALLah Taala. Solat dengan keadaan jazbah adalah solat dalam keadaan bermusyahadah. Inilah solat yang terbaik.
Namun untuk mendapatkan solat ini, pakcik menegaskan haruslah Fauzi menjalani sistematika tariqat khususiah sufiah untuk membersihkan hati. Hati harus bersih dari cinta dunia. Hanya bersih dari cinta dunia sahaja akan membolehkan kita mendapat solat musyahadah ini.
Cubalah baca kategori Tasauf blog pakcik ini perlahan-lahan dan fahamkan. Ulang-ulangkan membacanya banyak kali insya’ALLah akan mendapat pencerahan. Dan yang penting sekali, mohonlah kepada ALLah Taala supaya dikurniakan solat khusyuk kerana hanya Dia Maha Pemberi.
Dalam kalimah syahadah itu ada dua perkataan iaitu “Tuhan” dan “ALLah” dan ia disambung oleh satu kalimah penghubung iaitu “melainkan”. Ia disusun dalam satu ayat iaitu “tiada Tuhan melainkan ALLah” atau dalam Arabnya “Laa ilaaha illa ALLah”
Dari susunan kalimah itu menunjukkan Tuhan yakni Ilah adalah kalimah umum. Tuhan adalah umum kerana semua manusia mempunyai naluri dan mempercayai Tuhan. Orang Hindu, Kristen, Budha bahkan pagan mempercayai Tuhan masing-masing.
Namun apakah hakikat Tuhan? Pakcik pasti bahawa hakikat yang semua orang percaya ialah, Tuhan adalah satu sumber super power. Kristen mengatakan trinitasnya, Hindu dengan Dewanya, demikian juga Budha dan pagan.
Islam datang dengan satu definisi Tuhannya yang tersendiri. Islam mengatakan Tuhan ialah “Zat yang Maha Sempurna dari segala sesuatu dan segala sesuatu itu memerlukannya”. Nah, sekarang ayuh kita uji, Tuhan siapakah yang memenuhi definisi ini. Pastinya ALLah Taala dengan sistematikan sifat 20nya yang tuntas dan tahan uji. Maka Tuhan yang definisinya umum itu hanya sesuai, tepat dan tuntas kepada ALLah Taala sahaja secara khusus.
Atas dasar ini, kalimah itu tersusun atas umum dahulu dari khusus. Umumnya “siapa Tuhan”? ALLah itulah Tuhan. Ertinya ALLah Taala itulah Tuhan tiada lain lagi yang menepati hakikat definisi Tuhan tadi.
Ertinya “Tiada Tuhan (Zat yang Maha Sempurna dari segala sesuatu dan segala sesuautu itu memerlukanNya) melainkan ALLah (ALLah itulah Tuhan yakni Zat yang Maha Sempurna dari segala sesuatu dan segala sesuatu itu memerlukan ALLah Taala)”
Baiklah, silalah Fauzi membaca kategori Tauhid blog pakcik ini untuk mengetahui bahawa hanya ALLah Taala itulah sahaja yang menepati hakikat definisi Tuhan. Dan pakcik rasa jelas beza Tuhan dan ALLah dalam kalimah syahadah itu.
Wasalam.
shahil
November 13, 2009
Assalaamualaikum Pakcik
Apakabar pakcik?
Saya minta penjelasan dari pakcik nih Sholat
yang khusu itu bagaimana?
apa bedanya Tuhan dengan Allah.bukankah “Tiada tuhan
melainkan Allah”.
oh ia alamat email pakcik boleh saya minta?
Wassalam
Fauzi
November 13, 2009
Wa’alaikumussalam dan assalaamualaikum kembali Nizam.
Terima kasih atas ingatan saudara.
Tauhid itulah sifat Tuhan. Tiada diterima akal Tuhan berbilang.
Tauhid ditentukan dengan hakikat bukan semata-mata konsep. Konsep hanyalah tafsiran hakikat, maka hakikatlah penentuan Tauhid.
Apabila Tuhan itu ujud, wajiblah iaitu hakikat ZatNya. Jika hakikat ZatNya disebut satu dalam al-Quran, pastilah Dia Esa. Dan jika hakikatNya disebut tiga dalam Bible, maka trinitaslah Dia.
Tidak wajar sama sekali beruk, lotong dan cipanze disebut Esa atas nama kera kerana beruk, lotong dan cipanze itu hakikat. Mengatakan ketiganya Esa atas nama kera adalah semata-mata ciptaan akal atas angan-angan yang tidak berdasar.
Mungkin kata-kata saya sangat pedas, tetapi itulah hakikatnya.
Wassalam
shahil
November 12, 2009
Assalaamu’alaikum w.b.t……. Semoga akhi Shahil sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta, dirahmati dan diberkati Allah dunia dan akhirat
Dan semoga dibantu oleh Allah dan diperkukuhkan dakwah tauhid anta , baarokallahu lakum
Ahmad Nizam
November 12, 2009
Assalaamualaikum Fauzi.
Pakcik berkerja sebagai Supervisor di perladangan sawit. Nama pakcik Shahil.
Memang sewajarnya ALLah Taala bukan jisim, bukan aradh dan bukan benda jenis alam. Mudah sekali, jika ALLah Taala jenis alam walau ditakwil sekalipun maknanya seperti “mengambil rupa manusia” atau apa sahaja, ia sudah jauh dari menepati definisi “hakikat ketuhanan”. Definisi hakikat ketuhanan Fauzi boleh baca dalam kategori Tauhid blog pakcik ini.
Apa yang anak sebutkan “…kenalilah dirimu…” itu sudah hampir memasuki kajian ketuhanan ilmu tasauf, yakni sudah mulai memasuki untuk “merasakan kehadiran Tuhan”.
Ilmu tasauf mengatakan “Barang siapa yang mengenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya”, kerana diri adalah dasar mengenal Tuhan asal tahu sistematikanya. Dan lebih enak lagi dihayati ialah “kenalilah dirimu rata-rata maka engkau akan kenal Tuhanmu dengan nyata”. Kenal Tuhan dengan nyata itulah “Tajalli” namanya.
Silalah membaca kategori tasauf blog pakcik ini untuk mengetahui sistematikanya.
Wassalam
shahil
November 7, 2009
Wa’alaikumsalam Pakcik
Oh pakcik kerja disabah ya .pakcik kerja dibagian apa?ada yg lupa nih…nama pakcik sapa?Setelah saya membaca penjelasan dari pakcik,benar apa kata pakcik bahwa Zat Allah “bukan jisim, bukan aradh dan bukan benda”…Jangan kau cari akan Zat ku cukup kau kenal akan dirimu setelah kau kenal akan dirimu kenalah engkau dengan Aku (Allah Taala)setelah kau kenal dengan Aku(Allah Taala)terkenallah engkau akan Aku(Allah Taala).
Salam hormat Pakcik
Fauzi
November 7, 2009
Assalaamualaikum Fauzi.
Oh anak di Kalimantan rupanya. Pakcik sakarang berkerja di Lahad Datu, Sabah.
Pertanyaan anak ini adalah berkenaan Tauhid. Tauhid adalah satu ilmu theologi Islam iaitu ilmu tertinggi dan termulia kerana ia memperkatakan ALLah Taala itu sendiri. Tetapi bukanlah bermakna ilmu Fiqh dan Tasaud tidak mulia, cuma tugas ilmu Tauhid ialah untuk mengesahkan iman kita kepada ALLah.
Persoalannya ialah, apakah Tuhan itu Zat? Jika ya apakah hakikat Zat itu? Jika bukan, Tuhan itu apanya?:
Kita buka al-Quran. Ayat al-Quran menyatakan bermaksud “…apakah kamu tidak mahu memikirkan…”. Ertinya akal adalah alat untuk memikir tentang sesuatu.
Apakah yang mahu difikirkan itu? Firman ALLah Taala lagi “…Dan mengapa meraka tidak mahu memikirkan tentang diri mereka. ALLah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang diantara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan…”
Dua ayat ini menjelaskan bahawa alam adalah tanda kekuasaan ALLah dan diri manusia adalah tanda dasar mengenal hakikat ALLah Taala.
Bagaimana sistematikanya?:
Apabila alat mengenal ALLah Taala adalah akal sebagaimana digariskan al-Quran, haruslah kewajaran dan contoh diri dijadikan dasar. Kerana yang wajar sahaja sesuai dinisbahkan kepada Tuhan. Tentunya akal menolak Tuhan sesuatu yang tidak wajar.
Pertama sekali ialah apakah ujud? Ujud ertinya ada. Apabila kita yakin adanya Tuhan, pastilah Tuhan itu ujud.
Kedua ialah apakah dasar ujud? Yang wajar menurut perintah ayat di atas ialah setiap yang ujud itu dasarnya ialah diri atau sosok. Buktinya kita bersosok daging, besi pepejal, air bendalir, angin puputan. Maka kewajaran diri dan alam membuktikan Tuhan harus juga bersosok diri. Dan sosok diri itu dikatakan dengan istilah Zat.
Ketiganya ialah Tuhan itu Zat? Pastilah Zat kerana yang ujud harus wajar adalah sosok diri. Mengapa ALLah Taala disebut Zat? Kerana itulah istilah yang paling tepat bagi ALLah Taala yang kita tidak mampu lihat.
Keempatnya ialah mengapakah Tuhan dicontohkan dengan ujud manusia atau alam? Lho lihat di atas perintah al-Quran membenarkan manusia dan alam dijadikan dasar pengenalan Tuhan di atas.
Kelimanya ialah apakah Zat Tuhan sama dengan Zat manusia atau alam? Sama dari sudut nama sahaja iaitu ujud Zat tetapi tidak sama hakikatnya. Mengapat tidak sama? Al-Quran mengatakan bermaksud “bersalahan ALLah Taala dengan seggala sesuatu yang baharu”. Wajarkah Tuhan sama hakikatnya dengan manusia? Pasti tidak wajar. Mengapa tidak wajar? Kerana jika sama pastilah sifat Tuhan sama dengan sifat manusia. Jika manusia lemah Tuhan lemahlah. Oh mustahil itu dan tidak akan pernah berlaku. No way man…
Keenamnya jika Zat Tuhan tidak sama dengan zat makhluk, apakah Zat Tuhan itu? Di sini kita harus mengetahui hakikat Zat alam kerana alam adalah dasar mengenal Tuhan (ALLah Taala). Disinilah sistematikan perbandingan kita gunakan kerana jika sistematika persamaan digunakan pasti Tuhan sama dengan makhluk. Lho mustahil itu kok, tidak wajar dan ditolak akal.
Ketujuhnya hakikat zat alam (termasuk manusia) ialah jisim dan aradh. Jisim ialah sesuatu yang ujud dan menempati ruang dan masa. Daging, besi, air, angin, roh dan apa juga dari sudut makhluk ialah jisim. Aradh pula ialah sifat jisim seperti warna, bau, kasar, nipis, panjang, pendek dan sebagainya.
Maka ke lapan tuntas hakikat Zat ialah “bersalahan dengan sesuatu yang baharu” iaitu “bukan jisim, bukan aradh dan bukan benda”. Lho apanya itu? Ya bukan alam kok iaitu Zat yang ujudNya tidak diketahui hakikatNya yang sesuai dengan Kemuliaan Tuhan (ALLah Taala). Neeee apanya itu, tanya orang lagi. Itulah jawabannya “bukan jisim, bukan aradh dan bukan benda dari jenis alam”.
Sekarang jika Zat bukan sosok yang ujud, apanya Tuhan itu?:
Dijawab oleh rakan Kristen kita Tuhan itu Roh…
Kita bertanya apakah hakikat Roh? Mereka memberikan contoh macam-macam. Ada yang berkata seperti intelektual manusia. Kita bertanya lagi, apakah seperti itu? Mereka gagal tuntas menjawab tidak dan tidak ada ayat dalam Bible yang mengatakan Tuhan tidak seperti makhluk.
Ada yang berkata lagi, Zat Tuhan adalah “keberadaan” Tuhan itu. Ertinya “ada” itulah Zat tetapi bukan sosok diri. Kita membuat argumentasi, jika Zat itu semata-mata “adaNya” Tuhan maka apakah diri Tuhan itu? apakah Tuhan hanya angan-angan tanpa sosok? Atau angin? Angin juga sosok kok sebagai sesuatu yang berpuput.
Nah berkata lagi mereka, diri Tuhan ialah Anak, Bapa dan Roh ALLah tetapi itupun bukan sosok. Kita membantah dengan kewajaran bahawa Anak manusia itu sosok mendaging. Pastinya juga Bapa dan Roh ALLah adalah sosok.
Mereka berkata lagi, Tuhan mengambil rupa manusia iaitu Jesus. Kita membuat argumentasi, bagaimanakah Tuhan mengambil rupa manusia itu? Kalo Tuhan itu Roh, bagaimana? Apakah seperti Tuhan itu masuk dalam tubuh Jesus? Kalau Tuhan itu Roh, Jesus dan Bapa bukanlah Tuhan kerana hanya burung merpati yang disebut “Roh ALLah turun melayang seperrti burung merpati”
Dan kita lanjutkan argumentasi kita, apakah naif sekali Tuhan itu tiada “diriNya sendiri”? Terpaksa mengambil tubuh manusia untuk ujud. Apakah Jesus mendaging itu dicipta? Kelihatannya mereka malu sekali untuk menjawab tuntas ya, kerana jika ya kita akan mengajukan argumantasi lagi pastinya Tuhan telah masuk dan keluar (ketika Jesus disalib, Tuhan meninggalkannya) kayak kesurupan.
Dan jika Keberadaan dikatakan Zat, apakah kita ini Tuhan? Pastinya Tuhan kerana kita juga “ada”. Namun apakah rakan kristen akan berkata “kita juga Tuhan kerana Tuhan adalah keberadaan”? Saya tidak fikir mereka akan berkata demikian.
Kesimpulannya:
Tidak wajar sama sekali Tuhan bukan sosok diri.
Yang wajar ialah Tuhan itu sosok diri yakni diistilah sebagai Zat yang bersalahan hakikatnya dengan Zat alam/makhluk. Apa dan bagaimana? Itulah jawabannya, bukan jenis Zat alam atas dasar perbandingan.
Kelemahan theologi Kristen ialah mereka terpaksa mencipta andaian Tuhan bukan sosok kerana semata-mata mahu membuktikan Jesus itu adalah Tuhan sebagai Anak, sebagai Bapa dan sebagai Pemberi Ilham. Maka ditolak Zat adalah sosok (Zat ) bahkan Anak, Bapa dan Roh ALLah itu juga takut sekali disebut Zat untuk mengelakkan dikatakan tiga Tuhan.
Akhirnya, inilah sistematika theologi Islam memperkatakan ALLah Taala. Fauzi boleh membacanya dalam kategori Tauhid sifat yang wajib bagi Zat Tuhan (ALLah) hal “Ujud” dan “Laithakimithlihi syai’un” ALLah Taala.
Mudah sekali jika memahami. Jika tidak faham itu mengundang kesesatan.
Wassalam.
shahil
November 6, 2009
saya dari kota sampit kalimatan pakcik
saya ada baca mengenain pertanyaan pakcik
APAKAH TUHAN ITU ZAT? KALAU YA, APA ITU ZAT?
KALAU TIDAK, APANYA TUHAN ITU?
kalo jawaban pakcik apa?
Fauzi
November 6, 2009
Wa’alaikumussalam Fauzi…
Anak ini siapa dan dari mana?
Ada apa-apa yang boleh pakcik tolong?
shahil
October 28, 2009
Asslamualaikum Pa cik
Fauzi
October 28, 2009