Manuskrip Dr. Robert P Walean Sr (Last Event Duty Institute): Kebenaran yang terungkap dari al-Quran dan Bible menyatakan ALLah Esa (Tauhid): Jawaban 23

Posted on October 29, 2009. Filed under: Kajian kristologi 2 |

DR.ROBERT P. WALEAN Sr: Mukasurat 6

Apakah ALLah tidak sanggup (menggandakan dirinya). Janganlah kita menciutkan kesanggupan ALLah yang kita sembah. Sufi yang hanya ciptaan saja sanggup menggandakan diri dan tetap hanya satu sufi. Apakah ALLah Taala sebagai pencipta tidak sanggup? Tentu sangggup! Jadi umat Kristen tidak menyembah banyak ALLah. Umat Kristen hanya menyembah hanya satu ALLah iaitu Tuhan Yang Maha Esa, tiada Tuhan selain ALLah (Keterangan lebih lengkap tentang trinitas akan dibahas pada bab berikut)

JAWABAN SHAHIL

Olehkerana Dr. Robert P Walean Sr telah menggunakan banyak sekali ayat al-Quran kitab suci Islam, maka samada mahu atau tidak beliau harus menerima tantangan theologi Islam dalam masalah keupayaan ALLah Taala. Jika beliau enggan bererti beliau hanya menggunakan ayat al-Quran yang memberikan keperntingan kepadanya sahaja.

Dr. Robert P Walean Sr telah memperkatakan kesanggupan ALLah. Sebenarnya apa yang disebut kesanggupan ialah sifat Qudrah ALLah Taala. Apakah sifat dan apakah Sifat Qudrah? Adakah Kristen ada pelajaran Sifat dan Sifat Qudrah ALLah Taala?

Sebenarnya amat pasti thelogi Kristen tidak ada iktiqad tentang Sifat ALLah Taala. Theologi Kristen tidak memperkatakan sifat ALLah Taala sama sekali. Yang ada hanyalah memperkatakan Zat Tuhan.

Islam menolak iktiqad penggandaan diri yang dinisbahkan kepada ALLah Taala. Mengapa? Apakah Islam menolak maka boleh dikatakan Islam beriktiqad ALLah Taala itu lemah? Mungkin pada pemikiran orang yang tidak mengetahui atau jahil tentang ALLah Taala akan terpinar matanya dengan dakwaan “ALLah pasti sanggup menggandakan diri bahkan menjadi manusia”.

Sekarang ayuh kita uji iktiqad penggandaan diri ini melalui ilmu tehologi Islam yang berdasarkan kewajaran dan akal normal bersendikan al-Quran…

Apakah Zat ALLah.

Inikah  perkara asas yang perlu diketahui terlebih dahulu sebelum manusia cuba mengandaikan ALLah Taala menurut sistematika yang tidak benar.

ALLah adalah Zat. Asma ALLah ialah nama bagi Zat itu. Zat ialah diri jasmani ALLah Taala secara bahasa paling mudah. Setiap yang ujud pasti Zat. Manusia adalah zat, besi adalah zat, air adalah zat, gas adalah zat, roh adalah zat. Ertinya setiap yang ujud adalah zat. Zat manusia adalah mendaging, zat besi adalah pepejal, zat air adalah bendalir, zat gas adalah puputan, dan zat roh adalah meresap.

Zat manusia, besi, air, gas dan roh adalah makhluk. Makhluk adalah jisim. Jisim alam adalah menempati ruang dan dikuasai waktu juga zaman.

Apakah hakikat Zat ALLah Taala? Sesungguhnya manusia tidak akan dapat melihat atau mengatahui hakikat Zat ALLah Taala melainkan orang yang dikehendakiNya. Maka bagaimanakah untuk mengetahui Zat ALLah Taala itu?

Islam memberikan jalan yang jelas untuk menusia mengetahui Zat ALLah Taala iaitu secara sistematika perbandingan. ALLah Taala telah memberikan batas yang jelas antara makhluk dan diriNya dengan FirmanNya yang bermaksud “Bersalahan ALLah Taala itu dengan segala sesuatu yang baharu”.

Apakah Zat ALLah Taala itu pepejal, cecair, gas atau roh? Tidak sama sekali kerana pepejal, cecair, gas dan roh adalah jisim.  Dan ALLah Taala telah menyatakan Dia bukan jenis Zat demikian itu dengan Firmannya yang bermaksud “Bersalahan ALLah Taala dengan sesuatu ayng baharu”. Maka apakah Zat ALLah Taala akan berganda atau memecahkan diriNya? Tidak kerana yang berpecah atau bercerai berganda itu makhluk iaitu jisim. Dan Zat ALLah adalah Zat yang hakikatNya tersendiri yang mustahil bercerai berganda.

Zat ALLah Taala adalah hakikat yang tersendiri yang bukan jisim dan juga bukan sifat alam. Maka perbezaan hakikat tidak memungkinkan Zat ALLah menjadi zat makhluk yang mendaging. Kewajaran menunjukkan besi ciptaan ALLah Taala apabila dibakar tidak akan menjadi abu kayu.

Maka iktiqad yang meyakini ALLah Taala menggandakan diri adalah iktiqad yang tidak berdasarkan ilmu, tidak menggunakan ruang perbahasan, tidak menepati kewajaran Kemuliaan ALLah dan di luar batas penggunaan akal normal.

Untuk mengetahui penjelasan mengenai Sifat, sila layari blog penulis kategori Tauhid/Sifat yang wajib bagi ALLah Taala yang ke 4/Mukhalafathu lilhawadith.

Apakah Sifat ALLah Taala.

Perkara kedua yang harus diketahui oleh Dr. Robert P Walean Sr ialah apakah hakikat Sifat ALLah dan juga Qudarah yang diistilahkannya sebagai kesanggupan ALLah Taala. Sifat ialah perlakuan Zat. Ertinya dalam bahasa mudah sifat ialah perilaku ALLah Taala itu.

Contoh sifat ialah warna bagi kertas. Kertas itu zat dan merah itu sifat, ertinya perilaku kertas itu berwarna putih. Demikian juga penglihatan kita manusia ialah perilaku jasad (zat) kita manusia.

Sifat ini pada hakikatnya tidak ujud secara bersendirian. Ia hanya ujud jika ujudnya zat. Tidak akan berlaku dalam kejadian adanya merah tanpa kertas dan ujudnya penglihatan tanpa mata.

Maka Qudrah ALLah Taala itu adalah sifat iaitu Kekuasan ALLah. Ia adalah perilaku Zat yakni Zat itu Berkuasa.

Untuk mengetahui penjelasan mengenai Sifat, sila layari blog penulis kategori Tauhid/Zat, Sifat, Asma dan Af’al.

Takluk Kuasa ALLah.

Apakah Qudrah ALLah Taala itu sembarangan sahaja tanpa ada ruang perkerjaanNya? Apakah yang dimaksudkan dengan ruang perkerjaan? Ia adalah bidang dimana Kekuasaan ALLah Taala itu berlaku. Dalam bahasa theologi disebut Takluk. namun Qudrah ALLah Taala itu tidak sembarangan hingga dikatakan memecah atau menjadikan diriNya berbilang.

ALLah Taala berQudrah yakni Berkuasa. Namun kuasa ALLah takluk hanya kepada yang baharu. Ertinya takluk Qudrah ALLah Taala iaitu mencipta yang baharu dari tiada kepada ada atau mentiadakan yang ada. Qudrah ALLah Taala tidak takluk kepada ZatNya kerana takluk Qudrah adalah mencipta yang baharu, sedangkan Zat ALLah Taala bukan jenis yang baharu.

Maka atas dasar ini, iktiqad yang mengatakan ALLah Taala menggandakan diri kerana Dia Maha Berkuasa adalah ditolak oleh oleh definasi hakikat ketuhanan. ALLah Taala adalah Zat Yang Maha Sempurna. Maka tidak akan berlaku Zat ALLah Taala berkeadaan seperti makhluk. Dan tidak akan berlaku Sifat Qudrah ALLah Taala menguasai ZatNya. Yang benarnya ialah Sifat itu bergantung ujud kepada Zat yang menjadikan sebagai Zat Yang Berkuasa.

Contoh kewajaran menunjukkan manusia apabila beranak tidak akan memperanakkan jin melainkan tetap manusia.

Untuk mengetahui penjelasan mengenai Qudrah, sila layari blog penulis kategori Tauhid/sifat ALLah Taala yang ke 7: Qudrah.

Benarkah trinitas itu Esa.

Penulis akan membantah iktiqad trinitas itu Esa pada bab yang dikatakan Dr. Robert P Walean itu nanti.

Dan disitu penulis akan membuktikan bahawa kristen adalah memyembah tiga peribadi Tuhan bukannya satu Tuhan, dari sudut Zat ALLah Taala itu sendiri.

Benarkah Firman itu adalah Zat yang menggandakan diri menjadi tiga peribadi? Apakah Zat dan Firman yang dikoar-koarkan itu adalah Tuhan?  Kita akan membahaskannya kelak.

Penulis berserah kepada ALLah Taala dalam hal ini.

wassalam

Make a Comment

Make a Comment: ( None so far )

blockquote and a tags work here.

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...