Aku dan hidupku

Zaman Persekolahanku: Darjah 5

Posted on December 20, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat.
Aku memasuki darjah lima pada tahun 1974. Sekolahnya sama ketika aku darjah empat iaitu Sekolah Kebangsaan Manchis, yang sekarang di namakan sebagai Sekolah Kebangsaan Simpang Pelangai.
Darjah lima adalah darjah permulaan untuk menguji apakah seseorang murid itu genius. Ketika di darjah lima, murid-muridnya akan menempuh satu peperiksaan yang dinamakan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. [...]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Zaman Persekolahanku: Darjah 4

Posted on December 14, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat.
Aku memasuki darjah empat ketika umurku 10 tahun. Ketika itu tahun 1973.
Ketika aku mula memasuki darjah empat, aku merasa sangat gembira lepas dari guru. Aku merasa gembira kerana sudah terlepas dari diajar oleh cikgu Woon Khon Kin. Dari darjah tiga lagi aku memang tidak berminat dengan cikgu Woon ini. Namun apa yang [...]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Zaman persekolahanku: Darjah 3

Posted on November 14, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat.
Aku menjejaki darjah tiga pada tahun 1972. Ketika itu umurku 9 tahun. Sekolah aku ketika darjah tiga adalah sekolah yang sama ketika aku di darjah satu dan dua iaitu Sekolah Kenangsaan Manchis. Sekarang sekolah aku ini bernama Sekolah Kebangsaan Simpang Pelangai.
Guru darjah aku in ini berbangsa Cina. Namanya Won Kon Khin. Dia [...]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Zaman Persekolahanku: Darjah 2

Posted on October 10, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat.
Aku berada didarjah dua pada tahun 1971. Umurku ketika itu 8 tahun.
Guru darjahku ketika darjah dua ialah cikgu Normah. Cikgu Normah ini tinggi orangnya. Dia agak garang berbanding cikgu Pesah ketika aku darjah satu. Suaminya ialah cikgu Ahmad yang merupakan Guru Besar ketika itu.
Jika ketika darjah satu kami ditempatkan di dalam bangunan [...]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Zaman awal persekolahanku: Darjah 1

Posted on September 12, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat.
Aku mula memasuki zaman persekolahan pada tahun 1970. Ketika itu aku berumur tujuh tahun. Memang di negaraku Malaysia, umur tujuh tahun adalah umur persekolahan pertama iaitu darjah satu.
Pada hari pertama di awal tahun 1970 itu, aku dihantar ke sekolah oleh ayahku dengan menaiki basikal tua. Basikal tua yang besar disebut basikal balak [...]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Rakan-rakan sekampungku

Posted on August 26, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat
Dari umurku 7 tahun hinggalah 12 tahun, ramai sekali rakan-rakanku di kampong. Seperti yang aku katakan dahulu, selepas ayahku membuka kampungku satu demi satu keluarga dari luar berhijrah ke kampungku. Maka seorang demi seorang rakanku bertambah.
Rakan-rakan ku ada yang sebaya denganku seperti Razak bin Mahmud yang dipanggil Komeng. Dan ada yang tidak [...]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Keadaan awal persekitaran hidupku

Posted on August 8, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat
Mengenang zaman kanak-kanak membuatkan aku merasa sayu sekali. Mengapa tidak? Kerana zaman itu penuh dengan kenangan. Kenangan ketika kampong masih dikelilingi belantara…
Kampung yang aku diami sekarang adalah dibuka oleh ayahku. Ketika itu aku baru berusia 5 tahun. Rumah kami sejauh 2.50 kilometer dari jalan utama.
Pada ketika itu iaitu di tahun 1968, hanya [...]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Guru-guru pembimbingku

Posted on April 28, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

 
Assalaamualaikum dan salam hormat.
Aku dilahirkan bukanlah di dalam keluarga ulama atau keluarga bijak pandai agama Islam. Ayah dan ibuku hanyalah penganut Islam yang awam. Mereka hanya orang biasa yang menjalankan tanggung jawab rukun Islam dan rukun iman. Seperti yang aku nyatakan dahulu, ibu dan ayahku buta huruf. Ayahku tidak tahu membaca rumi tetapi tahu membaca [...]

Read Full Post | Make a Comment ( 8 so far )

Nenekku dalam memory

Posted on March 4, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat.
Satu-satu nenek yang pernah bersama aku sehayatnya ialah nenek sebelah ibuku. Aku memanggilnya wan. Panggilan wan kepada nenek adalah panggilan yang lazim pada masyarakat kampungku. Wanku bernama Aminah binti Mat Alin. Ia telah lama kembali kepada rahmat ALLah Taala hampir 13 tahun yang lalu. Dan di sini aku ingin mengembalikan nostalgiaku bersama [...]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Kakakku yang berkorban

Posted on February 26, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

 
Assalaamualaikum.
Jika membicarakan sebahagian dari kesah hidupku ini, tidaklah lengkap jika aku tidak menyebut perihal kakakku yang mulia. Kakakku ini adalah kakakku satu-satunya. Dialah kakak dan dialah abang.
Aku telah menyebut beberapa bab dari penderitaan aku sekeluarga semasa kecil. Betapa aku dan kakakku menjadikan hanya nasi dan ikan masin sebagai makanan harian. Kemiskinan melengkari kami sekeluarga. Jangankan [...]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Ayah idolaku

Posted on January 25, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat.
Ayahku, adalah idola hidupku. Namun seperti ibuku yang tidak tahu menulis dan membaca, ayahku juga tidak tahu menulis dan membaca. Namun ayah adalah idolaku…
Ayahku seorang pejuang bangsa dan negara yang sangat aku kagumi. Ayah adalah pejuang tanah air zaman darurat selepas merdekanya Tanah Melayu dari penjajah Inggeris yang aku benci.
Ayah, pejuang kemerdekaan [...]

Read Full Post | Make a Comment ( None so far )

Ibuku yang mulia.

Posted on January 18, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat.
Aku merasakan tidaklah sempurna lamanku ini tanpa aku menyebutkan sedikit perihal ibu dan ayahku. Betapa aku tidak menyebut mereka yang mulia itu? Kerana mereka adalah wasilah bagiku untuk turun ke alam Syahadah ini dari alam Wahidiah ALLah Taala. Tanpa wasilah mereka, aku akan terus terpendam di dalam rahsia Ilmu ALLah Taala.
Ibuku, sangat [...]

Read Full Post | Make a Comment ( 2 so far )

Sedikit tentang diriku

Posted on January 9, 2009. Filed under: Aku dan hidupku |

Assalaamualaikum dan salam hormat.
Namaku Shahil. Aku dizahirkan ALLah dari alam Wahidiah ALLah Taala ke alam insaniah ini melalui wasilah dua insan yang mulia iaitu ibuku Hawa binti Omar dan ayahku Talib bin Manaf. Terima kasih ya ALLah dan kedua insane mulia ibu dan ayahku, kerana mendzahirkan aku ke dunia.
Dzahirnya aku ke dunia bukanlah aku suka [...]

Read Full Post | Make a Comment ( 6 so far )

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...