Hakikat kebenaran

Posted on January 6, 2009. Filed under: Tauhid |

Assalamualaikum dan salam hormat.

Kebenaran dan kepalsuan pada umumnya adalah sesuatu yang boleh dibuktikan. Kebenaran pada hakikatnya adalah sesuatu yang menepati kewajaran kejadian dan dapat diterima oleh akal norma, dan jika ada cabaran ia dapat dipertahankan. Apakah definasi kebenaran yang lebih dapat diberikan selain dari hakikat tersebut?

Contoh kebenaran ialah seperti manisnya gula. Kita boleh mengatakan gula manis tetapi apa buktinya? Buktinya ialah lidah merasakan manisnya itu. Demikian juga apabila manusia itu ada mulut, maka nyatalah kebenaranya pada kejadian.

Berhujah dan berbahas adalah salah satu cara membuktikan kebenaran. Hujah haruslah bernas, menepati kejadian yang wajar dan diterima oleh akal umum yang murni. Jika hujah itu menepati kejadian yang wajar dan diterima oleh akal umum yang murni, itulah kebenaran. Dan jika sebaliknya, ia adalah satu kepalsuan.

Namun demikian, manusia adalah satu makhluk yang unik. Umumnya manusia menerima kebenaran apabila dapat dibuktikan. Terdapat segulungan manusia yang enggan menerima sesuatu yang terbukti itu sebagai kebenaran dan mereka menolaknya. Menolak kebenaran yang terbukti pada kejadian dan diterima oleh akal yang norma adalah suatu yang diluar norma kejadian pula. Mempercayai kepalsuan adalah suatu paksaan yang disengajakan. Akal dan hati nurani dipaksa mempercayai sesuatu yang diluar fitrah.

Banyak sekali kita jumpa pemaksaan yang tidak disedari kepada sesuatu yang di luar fitrah ini. Kita boleh ambil contoh mudah. Tumbuhan tidak akan dapat hidup tanpa air kerana air adalah satu dari elimen kehidupan tumbuhan selain dari haba atau cahaya matahari. Tumbuhan juga tidak akan hidup jika benihnya di tanam terlalu dalam ke dalam bumi sehingga sepuluh meter umpamanya. Demikian juga tumbuhan tidak akan hidup di musim salji di bawah liputaan ais yang setebal dua meter. Maka jelasnya jika ada yang mempercayai keadaan sebaliknya berlaku bagi dua contoh di atas, maka mereka adalah mempercayai kepalsuan dan memaksakan kepalsuan itu sebagai kebenaran.

Memaksakan kepalsuan untuk diterima sebagai kebenaran ini adalah pegangan kaum Atheis. Contoh utama kaum Atheis, mereka menolak alam yang ujud ini di cipta oleh Maha Pencipta. Namun mereka gagal membuktikan kejadian alam ini terjadi secara semulajadi. Mereka mengagungkan sains tetapi teori bing bang sains yang ditemui pada zaman moden ini telah dinyatakan dalam al-Quran empat belas abad yang lalu.

Demikian juga jika diambil contoh umumnya unggas berkaki enam. Ini adalah kenyataan kebenaran. Apakah dapat dipercayai jika ada yang menyatakan unggas berkaki empat. Jika ada, apakah unggas itu? Maka jika seseorang yang mempercayai unggas berkaki empat, dapatkah dia berdebat dengan Athies bagi membenarkan dakwaannya itu? Harus besar kemungkinan kaum Atheis akan menjadikan hujah itu sebagai bahan tertawaan. Bagaimana Athies tidak ketawa jika unggas berkaki enam dikatakan berkaki empat.

Persoalannya, apakah hal-hal ghaib dapat dibuktikan kebenarannya dengan kaedah kenyatan seperti di atas? Pastinya gulungam Athies akan bertanya apakah Tuhan dapat dibuktikan keujudannya? Jawabnya secara tegas ialah ya. Jika ya bagaiamanakah pula kaedah pembuktian kebenaran ujudnya Tuhan? Inilah soalan yang menjadi trade mark bagi gulunga Atheis dan gulungan menggunakan akal secara total tanpa sempadan.

Pembuktian zat peribadi Tuhan dengan mata kasar dari segi keujudanNya adalah menentang fitrah kejadian. Tuhan yang ghaib dari segi pandangan makhluk tetapi tidak ghaib pada diriNya. Maka mudah sekali analoginya. Pembuktian keujudan Tuhan adalah dari segi bekas ciptaanNya. Bekas ciptaan adalah menunjukkan ujudnya pencipta ciptaan itu. Namun harus dibataskan garis antara Tuhan dan ciptaanNya itu supaya tidak dikatakan pula Tuhan dan ciptaanNya adalah sama. Logika dan kewajaran kejadian membuktikan bahawa pencipta dan ciptaannya adalah dua perkara berbeza hakikat.

Wassalam..


Read Full Post | Make a Comment ( 171 so far )

Recently on Shahil's Weblog…

Doa ayah

Posted on July 8, 2016. Filed under: Koleksi perkongsian video |

Jangan putus asa dari rahmat ALLah: Peliharalah diri apabila telah datang cahaya keinsafan.

Posted on July 2, 2016. Filed under: Peringatan dan pengajaran dari suara hati nurani |

Mengeluarkan zakat terus kepada asnaf tanpa melalui amil pusat pungutan zakat.

Posted on June 26, 2016. Filed under: Isu semasa |

Jangan putus asa dari rahmat ALLah: ALLah memberi taufik kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Posted on June 21, 2016. Filed under: Peringatan dan pengajaran dari suara hati nurani |

Penyelesaian dari quran menjadi wasilah beriman kpd ALLah dan Rasul.

Posted on May 25, 2016. Filed under: Hijrah dari kegelapan kepada cahaya |

Prof Okuda: “Saya percaya ini adalah hadiah terbesar dari ALLah kepada saya”.

Posted on April 30, 2016. Filed under: Hijrah dari kegelapan kepada cahaya |

Edy Prayitno SAng Mualaf vs Saipudin Ibrahim Simurtadin: Siapakah Isa Alaihissalam?

Posted on March 4, 2016. Filed under: Koleksi debat islam_kristen |

Hudud, qisas dan takzir hukum mandatori islam: Tidak sukar merealisasikan kefardhuan melaksanakan hudud.

Posted on February 20, 2016. Filed under: Kesyumulan Islam |

Reaksi gadis kecil apabila mendengar azan

Posted on February 1, 2016. Filed under: Koleksi perkongsian video |

Peperangan Ain Jalut

Posted on January 1, 2016. Filed under: Koleksi Perkongsiaan Sejarah Keagungan Islam |

Penyesalan seekor harimau bintang kerana membunuh ibu kera yg beranak kecil.

Posted on December 17, 2015. Filed under: Koleksi perkongsian video |

Jangan putus asa dari rahmat ALLah: Selami situasi anak-anak yang tergelincir.

Posted on December 16, 2015. Filed under: Peringatan dan pengajaran dari suara hati nurani |

Jangan putus asa dari rahmat ALLah: Jangan mencela orang yg terlanjur melakukan maksiat.

Posted on November 27, 2015. Filed under: Peringatan dan pengajaran dari suara hati nurani |

Tempahan perabot rumah, kabinet dapur, meja tulis, lantai laminet dan lain-lain dari pengusaha bumiputra.

Posted on October 10, 2015. Filed under: Iklaneka |

Mahu mengenal sesuatu agama, bacalah sumber agama itu sendiri: Satu peringatan buat umat Kristen dari Dr. Zakir Naik.

Posted on September 30, 2015. Filed under: Koleksi debat islam_kristen |

Khidmat pengurusan rumpai yang sistematik bagi pekebun kecil yang sukar mendapat buruh.

Posted on August 12, 2015. Filed under: Iklaneka |

Kecelaan mencela dan menghina orang lain: Janganlah kamu memanggil-manggil dengan gelaran yg buruk…: Al-hujurat 11.

Posted on July 11, 2015. Filed under: Tasauf |

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.