Sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi ALLah Taala

Posted on January 18, 2009. Filed under: Tauhid |

Assalaamualaikum.

Setelah penulis menjelaskan hal-hal asas yang berkait dengan hakikat ketuhanan, maka di sini penulis akan menjelaskan maksud sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi ALLah Taala.

SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH TAALA

Sifat yang wajib bagi ALLah Taala bermaksud Zat ALLah Taala bersifat dengan sifat tersebut, dan memang ALLah Taala bersifat dengan sifat tersebut dan akal serta bukti kewajaran kejadian menolak ALLah Taala tidak bersifat dengan sifat tersebut.

Sifat yang wajib bagi ALLah Taala sangat banyak dan bilangannya tidak terhingga hingga tidak terfikir lagi oleh akal manusia. Adakah kenyataan penulis ini mahu dibantah?

Mengapa penulis mengatakan sifat yang wajib bagi ALLah Taala itu tidak akan habis diperkatakan? Mudah sahaja analogi jawabannya (sebenarnya ia adalah hakikat bukan sahaja analogi). Tuhan seharusnya sempurna tuntas total. Maka jika dikatakan Tuhan itu bersifat dengan sifat yang wajib bagiNya, maka wajar dari ALLsegi kejadian dan akal norma Tuhan sifat yang wajib itu tidak habis dibilang. Ertinya sifat yang wajib itu tidaklah habis untuk diperkatakan. Dan jika sifat yang wajib itu habis atau ada batasan, maka lemahlah ALLah Taala itu kerana terhad sifatNya. Yang tehad sifatnya adalah makhluk bukan Tuhan.

Namun ALLah Taala telah menjelaskan di dalam al-Quran, sifat wajib bagi ALLah Taala ini yang wajib diketahui hanya dua puluh sifat sahaja. Ia adalah sesuai dengan akal norma manusia yang Kulli yakni umum. Sifat yang wajib bag ALLah itu ialah Ujud (Ada), Qidam (Sedia), Baqa (Kekal), Mukhalafatuhulilhawadith (Bersalahan hakikat dengan yang baharu), Qiamuhubinafsih (Berdiri dengan sendiri), Wahdaniah (Esa), Qudrah (Berkuasa), Iradah (Menentukan), Ilmu (Mengetahui), Hayah (Hidup), Sama’ (Mendendengar), Basar (Melihat), Kalam (Berkata-kata), Kaunuhu Qadiran (Keadaan Yang Berkuasa), Kaunuhu Muridan (Keadaan Yang Menentukan), Kaunuhu ‘Aaliman (Keadaan Yang Mengetahui), Kaunuhu Hayyan (Keadaan Yang Hidup), Kaunuhu Sami’an (Keadaan Yang Mendengar), Kaunuhu Basiran (Keadaan Yang Melihat) dan Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan Yang Berkata-kata).

SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH TAALA

Sifat yang mustahil bermaksud Zat ALLah Taala tidak bersifat dengan sifat tersebut, memang tidak bersifat dengan sifat tersebut dan akal serta kewajaran norma menolak ALLah Taala bersifat dengan sifat tersebut.

Namun harus difahami bahawa bukanlah bermaksud ujud sifat yagn mustahil itu. Kemudian bercerai sifat yagn mustahil itu dari Zat ALLah Taala, lalu ALLah Taala tidak bersifat dengannya. Salah jika difahami ujud sifat buta, kemudian sifat buta itu bercerai dengan Zat, lalu Zat tidak bersifat buta. Maka yang benar ialah ALLah Taala bersifat dengan sifat yang wajib, dan lawan sifat yang wajib itu tiada bagi Zat ALLah Taala. Ertinya ALLah Taala itu Melihat dan lawannya ialah buta, dan tiada ujud sifat buta itu sama sekali.

Sifat yang mustahil bagi ALLah Taala adalah lawan bagi sifat wajib. Maka apabila ia lawan sifat wajib ia juga tiada batas bilangannya.

Sifat yang mustahil bagi ALLah Taala ialah tiada, baharu, binasa, bersamaan dengan baharu, bergantung ujud dengan yang lain, berbilang, lemah, terpaksa, bodoh, mati, pekak, buta dan bisu, seterusnya beerkeadaan lemah, terpaksa, bodoh, mati, pekak, buta dan bisu.

SIFAT YANG HARUS BAGI ALLAH TAALA

Adapun sifat yang harus bagi ALLah Taala adalah satu sahaja iaitu samada ia mahu mencipta alam yang baharu ini atau tidak mahu menciptanya.

Ertinya sifat yang harus ini adalah pilihan ALLah Taala secara mutlak mengikut sifat ilmuNya yang tiada terbatas pada masa lalu, masa ini dan masa hadapan. Maka dengan ilmuNya diketahuiNya samada mahu dijadikan atau tidak alam ini.

Maka alam ini dengan segala isinya telah ujud atas kehendak ALLah Taala sendiri. Hukum ALLah Taala mencipta alam adalah harus tanpa dipaksa atau terpaksa, atau tanpa dengan kepentingan tertentu.

Wassalam.

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

21 Responses to “Sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi ALLah Taala”

RSS Feed for Shahil's Weblog Comments RSS Feed

wari,

Akal itu menafsir kitab berpandukan Quran dan Sunnah.

mahir hukum akal muzakarah jgn tinggal kitab baca sendiri…

wajib mustahil harus hukum akal…

setiap yng bertempuh tak bercerai degan zat

1-20=1

aireenilham,

Sifat sunat?

Sunat itu hukum Fiqh bukan hukum Tauhid. Maka tidak ada sifat sunat dalam Tauhid.

Makasih.

mana sifat sunat

Serban Hijau,

Ya benar.

Sifat Mustahil itu bukan ujud cuma ia adalah sistematika untuk menjelaskan ia tidak terdapat pada Zat ALLah Taala.

Maka mengatakan ALLah “bersifat dengan sifat mustahil” adalah tidak benar.

Wassalam.

Mustahil – bukan qadim dan bukan baharu.

Hanya hukum aqal untuk lawan kepada yang wajib. Takrifnya – amru’ i’ktibari i’tirai.

Nurulsyahira,

Saya, Shahil bin Talib.

Email: i_shahil@yahoo.com

boleh bagi nama sekali

Assalaamualaikum Helmi.

Sifat yang harus bagi ALLah Taala itu asalnya dua sahaja iaitu samada Dia menjadikan atau tidak menjadikan alam. Ertinya jika dikehendakiNya maka dijadikan dan jika tidak dikehendakiNya tidak dijadikan maka tidaklah dijadikanNya.

Apa yang anda katakan 10 sifat harus itu ialah pecahan yang dua itu sehingga sehalus-halusnya.

Insya’ALLah perbahasannya akan sampai juga nanti.

Wassalam

assalaamualaikum…
saya berkemusykilan dengan perbahasan tuan tentang sifat harus bagi allah taala…

pernah saya mempelajari tentang ilmu usul yg menyatakan sifat harus bagi Allah adalah 10…

yakni mencukupilah 50 sifat Allah yg dikatan oleh ulama` tassawuf 20 wajib 20 mustahil dan 10 harus..

Wa’alaikumussalam dan assalaamualaikum kembali Ahmad Nizam.

Saya telah membaca masalah yang tuan tuliskan berkenaan al-wujub, al-mustahilah dan al-jawadz itu.

Memang kita bukanlah ahli nahu. Namun seperti yang dipelajari dari tuan-tuan guru, kita memahamilah apa itu sifat. Dan kita tidaklah mengatakan hukum akal itu sifat tetapi letak kepercayaan bahawa ALLah Taala itu Zat yang bersifat yang pasti bagi ZatNya (wajib), tidak bersifat Dia dengan lawan sifat pasti itu (mustahil) dan mungkin dia melakukan sesuatu atau tidak (harus).

Ertinya jika kita tidak percaya ALLah Taala itu ujud, Qidam dan seterusnya, ALLah Taala itu tetaplah ujud dan Qidam. Ertinya akal kita tidak dapat menghapuskan ALLah Taala semata-mata kita tidak percaya atau akal cuba menolak kepastian ujudnya ALLah dengan segala sifat KamalatNya.

Kalau kita percaya harimau itu ganas, itulah sifat pasti (wajib) harimau. Kalau kita cuba berkata harimau itu macam kucing jinak, harimau tidak akan jinak tetap ganas kerana itulah sifat yang pasti bagi harimau. Demikian juga kaedahnya bagi kucing, ia tetap jinak walau cuba dikatakan ganas.

Inilah yang menjadi keributan kita dimana saya pernah dikritik hebat oleh seorang pengomentar. Namun saya tidak apa-apa kerana saya memahamkan Tauhid ini dengan semudah mungkin.

Sesungguhnya amatlah mudah memahami hakikat ALLah Taala itu. Sebab itulah saya mengelakkan diri untuk menulis istilah yang berat-berat, yang sulit untuk difahami umum.

Hanya umat Kristen sahaja yang begitu susah menjelaskan Tuhan.

Oh ya, tuan menggunakan blogspot. Agak sukar bagi saya untuk log komen kerana memerlukan log-in wordpress dahulu. Atau mungkin ada cara yang lebih mudah untuk log-in?

Wassalam

Assalamualaikum,

Satu perbinangan yang menarik. Jemput ke blog saya di http://muzaqaroh.blogspot.com/2008/01/fungsi-wau-wal-dalam-alwujub.html

Assalaamualaikum dan salam hormat

RALAT:

SHAHIL August 30, 2009 menulis:
Tidak sekali-kali dalam hal Tauhid ini saya mengatakan ada “sifat tidak lemah” pada Zat ALLah, kerana maksud sifat mustahil ialah ALLah tidak bersifat dengan lawan sifat wajib. Ertinya ALLah berQudrah dan tiada pada Zat ALLah itu lemah. Maka tidak dikatakan “ALLah bersifat tidak lemah”.

SHAHIL seharusnya manulis:
…Ertinya ALLah berQudrah dan tiada pada Zat ALLah itu lemah. Maka hendaklah dikatakan ALLah Taala itu tiada lemah, walau tidak dipercayapun sekali-kali tiada lemah, dan tiada jalan mengatakan Dia lemah.

Wassalam

Assalaamualaikum saudara azizul azwa.

Saya membenarkan semua apa yang saudara perkatakan. Dan kelihatannnya penjelasan saudara lebih padat.

Seperti yang saya katakan, saya menulis tentang Tauhid ini serengkas mungkin dengan tujuan pembaca memahami secara asas. Maka saya meninggalkan beberapa istilah sukar dan menggantikan dengan bahasa moden dengan maksud yang sehampir sama.

Dan saya tidaklah mahu berbahas dengan lebih lanjut dengan saudara. Kerana saya menuliskan hal Tauhid ini bertujuan memberi kefahaman asas kepada pembaca. Sifat 20 adalah ilmu yang semakin hari semakin hilang. Bahkan ada ulama sekarang mengatakan “belajar sifat 20 telah jauh ketinggalan dalam memahami tauhid”.

Umum mengetahui bahawa memperkatakan sifat 20 ini adalah ilmu yang paling sukar. Bahkan anak-anak yang kurang kuat akalnya tidak digalakkan sementara untuk mengajinya. Bahkan untuk menuturkan istilahnya juga sukar kerana memungkinkan pembaca menerawang kemaksud yang lain. Bagaimana tidak, kerana mahu mengenal yang yidak kelihatan dengan mengambil tamthil yang kelihatan.

Saya mengambil risiko ini dengan menuliskannya di laman web. Seharusnya tidak begini tetapi harus mengaji berhadapan. Apabila silap sedikit saya menyusun bahasa maka kesilapan pemahaman akan terjadi.

Saya fikir apa yang saya tulis dalam katategori dan jawaban kepada saudara, sudah mencukupi sebagai asas. Lainlah jika mahu memanjang-manjangkan bicara. Ertinya saudara memang memahami apa yang saya maksudkan.

Memang menganal ALLah diwajibkan syarak. Tetapi wasilahnya akal. Ini konsep Imam Abu Hasan Asy’ari dan lain-lain Imam ahlussunnah wal-jama’ah. Lainlah kalau konsep Wahabiah dan yang disebut Salafi. Mereka tidak berpanjang-panjang bahasnya. Mungkin jika kita pening dengan berbagai istilah dan gaya lenggok bahasa, adalah baik kita terus sahaja menggunakan kaedah ini dalam menamam iman.

Saya agak terkilan juga jika saudara enggan membena blog. Sekarang zaman maya dimana tulisan saya dan komen saudara akan dibaca hingga ke Amerika.

Sayang sekali ilmu yang tinggi tidak disebarkan. Memang mengajar di pondok itulah menyebar ilmu. Namun orang bukan Islam telah menggunakan internet untuk menyerang Islam tetapi kita tidak menyahutnya.

Walaupun demikian, saya mengakui bahawa saya lemah sekali dalam menuliskan istilah-istilah Tauhid ini. Namun saya memberanikan diri menuliskannya dengan berharap kepada ALLah Taala supaya saya dapat memudahkan jalan bahasa dan pemabca dapat memahami apa yang sebenarnya.

Dan terima kasih kepada saudara kerana memberikan komen. Walaupun pada saya komen saudara ini sebaiknya digunakan untuk menjawab topik-topik ketuhanan yang diajukan oleh saudara kristen itu, dan sebaiknya saudara membantu saya menjawabnya, namun saya ucapkan ribuan terima kasih. Setidaknya komen saudara juga dibaca dan difahami pembaca.

Wassalam.

assalamualaikum,

terima kasih kerana melayani saya. tidak bermaksud saya ingin duga menduga dalam ilmu Tauhid. saya sendiri begitu yakin dengan niat murni saudara hingga ada laman blog seperti ini. tahniah saudara.

ini mungkin kali terakhir saya berada di blog ini, saya juga tidak berminat untuk memiliki blog sendiri.

dengan izin, secara ringkas, Syeikh Abu Hassan Assyaari, Syeikh Abu Mansur Al Maturidi dan Syeikh Yusuf As Sanusi (melalui Kitab Matan Ummi Berahin), tidak menetapkan bahawa Tuhan itu ada Sifat Wajib, Sifat Mustahil dan Sifat Harus.

sama ada sedar atau tidak, kebanyakan sumber kitab usuludin ulama alam melayu diambil daripada Matan Ummi Berahin yang sudah berusia ratusan tahun, iaitu karangan Syeikh Yusuf As Sanusi (meninggal dunia 895 H). selain guru-guru silam menuntut sehingga Tanah Arab.

kunci kepada mengenal Tuhan melalui matan ini ialah Al Wujub Wal Istihaala Wal Jawadtzu.

sekiranya bertorikh Syeikh Abu Hassan Asyaari, adalah 27 sifat Tuhan yang wajib dihukum oleh akal (muktamad) kerana tidak mengambil kira bicara Maknuwiyah, tetapi mengikut Syeikh Abu Mansur adalah 41 sifat Tuhan yang wajib dihukum oleh akal (muktabar), kerana mengambil kira bicara Maknuwiyah. (sifat Allah adalah kamalat).

pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah 50 Akidatul Iman, termasuk sifat Rasul dimasukkan dalam kalimah Tauhid dan Rasul: Laailahaillah Muhamadur Rasullulah.

masalah matan ini, tidak seperti kitab syarah. matan adalah teks, iaitu menulis secara fakta tanpa huraian. kitab syara, ada huraian.

ini menimbulkan banyak kekeliruan sehingga ada menyatakan Tuhan itu Sifat Wajib, Sifat Mustahil dan Sifat Harus.
sedangkan wajib, mustahil dan harus itu, hukum akal mahu menghukum sifat Tuhan.

persoalannya, kalau Tuhan itu bukan sifat wajib, bukan sifat mustahil dan bukan sifat harus.. apa dan bagaimana, Tuhan itu?

Tuhan bersifat Al Wujubu Wal Istihaala Wal Jawadtzu.

ketiga-tiga bahagi ini, kita hukum pada akal – wajib. bukan Tuhan bersifat wajib.

ketiga-tiga bahagi ini, kita hukum pada akal – mustahil ketiga-tiga bahagi ini tiada pada diri Tuhan. bukan Tuhan bersifat mustahil.

harus sahaja Tuhan mengadakan diri baharu. bukan Tuhan bersifat harus.

ini adalah takrif hukum akal (wajib, mustahil dan harus)

Takrif wajib (tulisan rumi):
~dengan ini naik dua makna.

Pal wajibu mala yutausau warufil akli adamuhu.
~Bermula barang yang wajib itu barang yang tak terima pada akal, kata tiada, hanya ada. (sifat Wujudiah, 7 dalam Maani)
~Bermula barang yang wajib itu barang yang tak terima pada akal, kata bohong, hanya sungguh. (34 sifat Subuthiah)

Takrif Mustahil:
Wal mustahilu mala yutausau warufil akli wujuduhu.
~Dan mustahil itu barang yang tak terima pada akal kata ada, hanya tiada.

Takrif Harus:
Wa ja itzuh ma yasih hufil aqli, wujuduhu waadamuhu.
~Dan harus itu, barang yang terima pada akal kata tak ada, mungkin ada, yang ada mungkin tiada.

34 sifat dinamakan Subuthiah, iaitu dalam Nafsiah (1), Salbiah (5), Maknuwiyah (7), Istihaala (20) dan Wal Jawadtzu (1).

semuanya berjumlah, 41 Sifat (muktabar) ada pada Zat Allah Taala, disedia kala Qodim lagi azzali. HUKUM LAH WAJIB.

Zat itu mausuh. semua Sifat itu ada pada Zat disedia kala, qodim lagi azali. kita tidak boleh mengenal Zat, kita mengenal atau menghukum pada akal akan Sifat-Sifat Tuhan.

Zat mahupun Sifat itu bukan aradh, bukan jisim, bukan bercerai-berai, bukan menempel, bukan satu demi satu. tapi ketika belajar, memang lah satu demi satu, sebab nak mengenal.

Zat baharu pun tak boleh cari. inikan pula Zat Tuhan.

saya mengambil contoh daripada kenyataan saudara, iaitu:
[ALLah berQudrah bermaksud sifat Qudrah itu ada pada Zat ALLah. Ia memberi maksud ALLah tidak lemah. Tidak sekali-kali dalam hal Tauhid ini saya mengatakan ada “sifat tidak lemah” pada Zat ALLah, kerana maksud sifat mustahil ialah ALLah tidak bersifat dengan lawan sifat wajib. Ertinya ALLah berQudrah dan tiada pada Zat ALLah itu lemah. Maka tidak dikatakan “ALLah bersifat tidak lemah”.]

saya sependapat dengan kenyataan saudara, bahawa Sifat Qudrah itu ada pada Zat Allah. saya juga sependapat: [tidak sekali-kali dalam hal Tauhid ini saya mengatalan ‘’sifat tidak lemah’’ pada Zat Allah.]

tetapi saya tidak bersetuju pula dengan kenyataan saudara:[ ….kerana maksud sifat mustahil ialah Allah tidak bersifat dengan lawan sifat Wajib. ertinya ALLAH berQudrah dan tiada pada Zat Allah itu lemah. Maka tidak dikatakan ‘’Allah bersifat tidak lemah’’.]

maaf saudara, Tuhan jenis apakah ini? mula kata Tuhan Qudrah (wajib), kemudian kata, Allah tidak bersifat dengan lawan sifat Wajib iaitu Lemah, akhirnya kata, maka tidak dikatakan Allah bersifat tidak lemah. pening kenyataan seperti ini saudara. sehingga sukar betul untuk memahami, Tuhan itu Qudrah ke atau tidak sebenarnya???

untuk memahami pendapat saya pula, (saya ambil berdasarkan kenyataan saudara), yang lawan yang wajib itu lah dikatakan mustahil iaitu hukum akal. mustahil tak duduk sekali dengan Tuhan. mustahil ini lah hukum akal, bukan diri Tuhan. kalau Tuhan itu Qudrah, buat apa nak pening lagi. kalau Qudrah tentu Qudrah, habis cerita. kalau ada orang katakan pada kita, Tuhan itu lemah, kita hukum .. mustahil…!!! oleh itu, Tuhan bersifat Qudrah. begitu mudah sekali.

maaf saudara, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan saudara:
[Mengapakah hukum akal tidak hukum syarak? Jawabnya kerana ALLah itu tidak kelihatan pada mata tetapi diyakini pada akal (dan hati). Dan tidak masuk akal Tuhan buta, tuli dan bisu.
Tuhan bersamaan dengan makhluk dari segi kenyataannya tetapi bersalahan pada hakikatnya. Ini haruslah difahami. Jika dikatakan Tuhan berslahan dengan makhluk total, apakah Tuhan itu? Apakah angan-angan? Jelas sekali Tuhan adalah satu Zat atau dalam bahasa manusia disebut Diri peribadi.]

saudara, hukum akal mesti berlandaskan syarak. tauhid mesti dengan syarak. barulah akal itu ‘wakek’ (bertemu seiring) dengan syarak.

saya berpendapat, Tuhan tidak bersamaan dengan makhluk dari segi kenyataan, malah apa pun juga sekalipun. sebab itu pentingnya peranan SALBIAH. Tuhan itu juga tidak boleh diangankan, kalau boleh diangankan, itu bukan Tuhan.

oleh itu, alam ini hanya dalil sebagai bukti wujud Tuhan. dalil bermaksud bukti, dalil tidak maksud sama dengan Tuhan. mahu mengenal Tuhan mesti ada akal dan dalil (naqli dan aqli). kalau tiada dalil pun, Tuhan tetap wujud.

contoh: saya wujud membuktikan atau mendalilkan Tuhan itu wujud, tidak sama wujud saya dengan wujud Tuhan. sebab Tuhan itu Salbiah. bila ada barang mesti ada tuan. barang dan tuan, tak sama.

mengapa saya berpendapat begitu? sebabnya saya TIDAK mengiktikadkan Tuhan itu bersifat Wajib, Bersifat Harus dan Bersifat Mustahil, dalam apa makna dan maksud sekalipun.

kerana Tuhan itu bersifat Al Wujubu Wal Istihaala Wal Jawadtzu.

sekian terima kasih.
SAYA MOHON MAAF SANGAT-SANGAT. KALAU SAYA TERKASAR BAHASA DAN MENGANGGU. MAAFKAN SAYA SEKALI LAGI.

Hamba hina.
(Hamba maksud hamba Tuhan, bukan hamba mahkluk)

Wa’alaikumussalam dan assalaamualaikum kembali saudara azizul azwa.

Pertamanya saya tidak pernah menghinakan saudara. Tidaklah perlu saudara merendahkan diri sesama makhluk. Merendah diri hanyalah kepada ALLah. Cuma kita tidak boleh meninggi diri sesama makhluk kerana yang Mutakbbir hanyalah ALLah Taala.

Saudara kelihatan mempunyai ilmu dalam hal sifat 20 ini. Saya fikir saudaralah yang selayaknya membena blog dan menjelaskan ilmu yang hampir hilang ini. Kita menolak kristen mengatakan ALLah bersyarikat tetapi dalam masa yang sama kita tidak menjelaskan kepada mereka sistemtikanya ALLah Esa.

Saya fikir tidaklah sulit memahami apa yang saudara perkatakan. Ia melibatkan pemahaman tentang sifat ALLah Taala iaitu apakah “ALLah bersifat dengan sifat mustahil” atau apakah “ALLah bersifat tidak lemah”. Ertinya sifat Berkuasa itu ujud dan sifat lemah itupun ujud juga pada Zat ALLah Taala.

Apabila saya menuliskan sifat wajib, saya menuliskan “Zat ALLah Taala bersifat dengan sifat tersebut, dan memang ALLah Taala bersifat dengan sifat tersebut dan akal serta bukti kewajaran kejadian menolak ALLah Taala tidak bersifat dengan sifat tersebut”. Ayat “memang ALLah bersifat dengan sifat tersebut” bermaksud jika saya tidak percayapun, ALLah memang bersifat dengan sifat yang wajib itu. Jika ditukar ayatnya jadi begini “Zat ALLah Taala bersifat dengan Qudrah, memang ALLah berQudrah dan akal menolak ALLah tidak berQudrah”.

Dan apabila saya menuliskan sifat mustahil saya tuliskan begini “Zat ALLah Taala tidak bersifat dengan sifat tersebut, memang tidak bersifat dengan sifat tersebut dan akal serta kewajaran norma menolak ALLah Taala bersifat dengan sifat tersebut”. Kaedah tafsirnya samalah dengan yang wajib di atas.

ALLah berQudrah bermaksud sifat Qudrah itu ada pada Zat ALLah. Ia memberi maksud ALLah tidak lemah. Tidak sekali-kali dalam hal Tauhid ini saya mengatakan ada “sifat tidak lemah” pada Zat ALLah, kerana maksud sifat mustahil ialah ALLah tidak bersifat dengan lawan sifat wajib. Ertinya ALLah berQudrah dan tiada pada Zat ALLah itu lemah. Maka tidak dikatakan “ALLah bersifat tidak lemah”.

Dan apabila saya menulis sifat harus saya menulis begini “iaitu samada ia mahu mencipta alam yang baharu ini atau tidak mahu menciptanya”. Soalnya apakah “mahu” itu berdiri atas Zat? Tidak kerana ia adalah “perilaku” Zat.

Contoh mudah, saya adalah kuat dan tidak lemah. Ia bermaksud saya bersifat kuat dan saya tidak mempunyai sifat lemah. Dan tidak dikatakan “saya mempunyai sifat tidak kuat”.

Memang kalimat ayat mengundang tafsiran perlbagai. Sama seperti “Kuasa ALLah”, ada yang membantahnya kerana mengundang tafsiran bercerai Sifat dari Zat. Dan dikatakan yang betul ialah “ALLah punya Kuasa”. Namun keduanya difahami ALLah bersifat dengan Kuasa.
Seperti yang saya katakan, kita manusia adalah tempat tilik tuju dalam mengenal ALLah. Apakah kit ALLah? Tidak. Kita hanyalah wasilahnya. Menolak tamthil menyebabkan kita tidak akan mengetahui ALLah Taala itu apa dan siapa.

Seperti definisi sifat pada kitab lama berbunyi “Ia bukan zat tetapi tidak bercerai dengan Zat”. Nah, apa itu? Bingung kita jadinya. Namun sebagai tamthil, kita faham azizul kuat dan tidaklah kita membayangkan kuat itu berdiri atas diri azizul.

Apabila dikatakan yang ujud hakikinya ialah Zat dan sifat hanyalah perilaku Zat, jadi semua Sifat itu makdum. Tetapi yang jelas dikatakan sifat Ma’ani itu Maujudat berbeza dengan Salbiah Makdumat. Yang jelasnya ialah semua sifat itu pada segi ujud hakikinya makdum kerana yang ujdu hakiki adalah Zat. Cuma beza sifat Salbiah itu ialah “menafikan hal yang tiada patut pada Zat ALLah, yakni menafikan lawan Salbiah”. Ertinya tiada bersifat lawan Salbiah itu pada Zat ALLah Taala.

Jika kita mengatakan “ALLah tidak serupa sesuatu” secara total, menyebabkan kita harus menolak semua statement Zat, sifat, asma’ dan af’al kerana Zat menyamai makhluk, zifat menyamai makhluk, demikian juga asma’ dan af’al. Jika demikian, apanya ALLah itu? Hanya angan-anganlah jadinya. Atau dikatakan bukan Zat, seperti anginkah atau seperti airkah atau nil dan nol?

Maka wajar sekali pada akal dan nas al-Quran menyatakan ujud itu ada, maka apabila ada ia adalah Zat. Dan apabila Zat wajar sekali ALLah itu bersifat, bersifat yang Kamalat. Dan di sinilah berfungsinya ayat “Laikamithlihi syai’un”.

Atau apakah kita telah mencapai maqam Kamaliah atas Fana Fiz-Zat yang tiada iktibar sifat? Jika telah mencapainya silakanlah…Namun ALLah tetaplah “Zat yang Maha Kaya dari segala sesuatu dan segala sesuatu itu memerlukanNya”.

Wassalam

assalamualikum,

terima kasih saudara kerana sudi melayan hamba hina seperti saya.

saudara yang berilmu, pasti memiliki pemahaman lebih, berbanding saya. oleh itu, tentunya mudah memahami persoalan saya.

kebanyakan mana-mana kitab (walaupun tidak semua) pertama sekali menyatakan hukum akal. kerana itulah asas bagi jalan tauhid, akal yang tidak sempurna, tidak wajib mengenal Tuhan (contoh: gila dan belum sempurna akal)

oleh itu, kebanyakan kitab nusantara atau alam melayu, antara contoh seperti Aqidatunnajiin Fi Ilmi Usyuluddin mahupun Risalah Tauhid, menyatakan hukum akal iaitu 3 perkara: wajib, mustahil dan harus. apabila sudah memahami apakah hukum akal itu, baru lah dipelajari ke pengajian seterusnya.

maafkan saya saudara, saya memberi contoh mudah bertujuan memudahkan persoalan saya difahami, bukan bertujuan lain, iaitu:

saudara wujud. saya hukum kan pada akal saya, WAJIB saudara wujud. dan saya hukum kan juga, pada akal saya, MUSTAHIL saudara tiada atau tidak wujud (kalau saudara tiada, tidak mungkin blog ini ada). dan saya hukum kan juga, HARUS saja bagi Tuhan mengadakan saudara, saya dan juga blog ini.

Dalilnya: blog ini ada membuktikan wujudnya saudara, mahupun wujud saya.

justeru, yang menyatakan wajib, mustahil dan harus itu – adalah hukum pada akal dan bukan sifat saudara.

bagaimana akal mampu menerima, apabila sudah mengesahkan saudara WAJIB ada. tetapi pada masa yang sama MUSTAHIL tiada dan HARUS saja Tuhan mengadakan. adakah itu sifat saudara?

kalau saudara wajib ada, mengapa mahu mengatakan MUSTAHIL saudara tiada? adakah itu dinamakan sifat saudara? iaitu mulanya ada dan kemudian tiada.

apatah lagi, tiga berlawanan, tidak boleh duduk dalam satu bekas.

Wajib, Mustahil dan Harus bukan lah Bangsa Adami kerana hanya Salbiah dimaksudkan sedemikian, iaitu Bangsa Adami, tapi Sungguh!!!

apabila dihalusi pula pada Tuhan, mengapa diiktikadkan Tuhan bersifat Wajib, Tuhan bersifat Harus dan Tuhan bersifat Mustahil ?

adakah Wajib Tuhan Wujud, Mustahil Tuhan Tidak Wujud dan Harus Tuhan menjadikan Makhluk – dikatakan sifat Tuhan?

sedangkan Wajib, Mustahil dan Harus, adalah hukum akal, iaitu duduk pada kita. bertujuan menghukum sifat-sifat Tuhan, walaupun sesungguhnya tidak menghukum pun, Tuhan memang dah macam tu dah, disediakala Qodim lagi azalli.

itulah maksud Al Wujub, Wal Istihala, Wal Jawadtzu. BUKAN Al Wujub, Al Istihaala, Al Jawadtzu.

kerana wal (huruf ~ wau) berdasarkan hukum nahu ialah Lilmutlatil Jami’ yang membawa maksud semata-mata himpun.

sekiranya Al – Wujub ialah Sifat, Wal Istihaala juga Sifat dan Wal Jawadtzu juga Sifat.

hukum akal yang ada pada kita, mahu menghukum ketiga-tiga bahagi itu … WAJIB.

dan MUSTAHIL … Tuhan tidak bersifat Wal Istihaala dan MUSTAHIL .. Tuhan tidak bersifat Wal Jawadtzu.

kita hukum pada akal kita, HARUS sahaja Tuhan mengadakan semua makhluk dan bukannya Tuhan bersifat HARUS.

(di sini mungkin keliru apabila ada mengatakan wal istihaala itu dikatakan mustahil dan wal jawatzu itu dikatakan jaiz atau harus)

hamba hina, sekadar mengemukakan pandangan dan bukan teguran, jauh sekali pengajaran.

justeru, terpulang pada semua untuk menilai kerana bagi saya: “Tuhan itu tidak menyamai sesuatu apa jua pun”. ~SUBHANALLAH.

Terima kasih.
Hamba hina.

Assalaamualaikum saudara azizul azwa.

Pertamanya saya nyatakan bahawa saya menulis ilmu Tauhid di blog ini dengan serengkas dan semudah mungkin. Kerana ilmu Tauhid bukanlah mudah. Tuan Guru Hj Zainudin pernah memberi amaran bahawa 10 muridnya mungkin akan ada 10 pemahaman berlainan.

Jika anda telah belajar kitab Aqidatunnajiin Fi Ilmi Usyuluddin, anda akan berjumpa asas ilmu ini. Asasnya ialah akal, yang menerbitkan hukumnya iaitu wajib mustahil dan harus. Anda boleh lihat kitab itu atau membaca kembali tulisan saya.

Mengapakah hukum akal tidak hukum syarak? Jawabnya kerana ALLah itu tidak kelihatan pada mata tetapi diyakini pada akal (dan hati). Dan tidak masuk akal Tuhan buta, tuli dan bisu.

Tuhan bersamaan dengan makhluk dari segi kenyataannya tetapi bersalahan pada hakikatnya. Ini haruslah difahami. Jika dikatakan Tuhan berslahan dengan makhluk total, apakah Tuhan itu? Apakah angan-angan? Jelas sekali Tuhan adalah satu Zat atau dalam bahasa manusia disebut Diri peribadi.

Maha Suci ALLah itu harus dilihat dengan mendalam maksudnya. ALLah Melihat,tidak dikatakan Maha Suci ALLah dari Melihat semata-mata untuk menolak kebersamaan dengan makhluk. Jika Maha Suci ALLah dari Melihat bermaksud ALLah buta.

Melihat adalah sifat kesempurnaan dan buta adalah kelemahan. Mustahil pada hakikatnya ALLah buta dan wajib Dia Melihat.

Maka ertinya bersamaan hanyalah pada kenyataan tetapi hakikatnya tidak bersamaan. ALLah dan manusia sama melihat tetapi melihat ALLah tidak terdinding dan berperantara. Melihat makhluk akan buta tetapi bersalahan ALLah.

Apakah manusia mewajibkan ALLah Melihat? Tidak kerana maksud wajib itu ALLah pasti melihat dan tidak sekali-kali buta. Buta itu sifat mstahil.

Dan harus ALLah Taala itu mencipta makhluk. Harus kerana itu KehendakNya tanpa dipaksa sesiapa. Dalam erti yang lain, harus ALLah berbuat sekehendakNya.

Saya rasa semuanya telah terjawab walaupun rengkas tentang al-wujub, al-istihaala dan al-jawadtzu.

Wassalam

///

seperti kenyataan tuan, bahawa Allah memiliki, sifat wajib, sifat mustahil dan sifat harus.

bukan kah, yang wajib, mustahil dan harus itu adalah hukum akal, iaitu ada pada makhluk, tentunya dalam hal ini adalah manusia.

sekiranya pihak tuan, mengiktikadkan bahawa Allah itu bersifat wajib, bersifat mustahil dan bersifat harus, dan ini bermakna ia bersamaan makhluk? bukan kah begitu.

sedangkan Allah Maha Suci – Tidak Menyamai Sesuatu Apa Pun.

diharap pihak tuan halusi apa itu ..
Al Wujub, Wal Istihaala dan Wal Jawadtzu.

sekian.

Assalaaamualaikum.

Ya benar sekali kata saudara, Kaunuhu Mutakalliman ialah Keadaan yang Berkata-kata.

Saya terlepas pandang, dan saya telah perbetulkan diatas.

Terima kasih kerana menegur, jika tidak ia mungkin akan berterusan.

Wassalam.

Assalamu’alaikum.
Sedikit pembetulan.
Bagi sifat wajib Allah yang ke-20, “Kaunuhu Mutakalliman” bermaksud keadaan yang berkata-kata.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: