Tahun baru 2013: Antara menafaat dan mudharat.

Posted on December 30, 2012. Filed under: Peringatan dan pengajaran dari suara hati nurani |

Assalaamualaikum dan salam hormat.

Hari ini 30hb. Disember, 2012 dan esok 31hb. Disember, 2012 pula. Dan lusa adalah 1hb. Januari, 2013 adalah tahun baru masehi.

Tahun baru masehi mahupun tahun baru hijriah adalah putaran masa yang tidak ada hentinya. Ia hanya akan berhenti apabila ALLah Taala memerintahkan Malaikat Israfil meniupkan sangkakal. Ketika itu berhentilah putaran tahun ini.

Tahun baru masehi dikatakan dikira dari tarikh lahirnya Nabi Isa Alaihissalam. Namun tarikh sebenar lahirnya Nabi Isa tidaklah diketahui. Dan hal ini tidak pernah diperkatakan, yang diperkatakan hanyalah bertukarnya tahun dari 31hb. Disember kepada 1hb. Januari.

Bermula tahun baru bertambahlah umur. Bertambah tua, bertambah ganyut kata orang kampung. Dari kecil bertambah dewasa, dari dewasa bertambah tua, jadi orang lama atau orang vateran.

Namun bertambahkah iman dan amal, bertambahkah akal?

Ramai yang telah tua akal tidak bertambah malah bertambah teruk. Jika zaman mudanya berperangai sederhana, tuanya berperangai semakin teruk. Kalau mudanya hanya bepeleseran, tauanya menjadi penzina. Kalau mudanya mencuri getah buku orang tengah malam, tuanya menjadi pencuri pforesional melalui komputer.

Tua seperti ini tidak bermakna. Kerana dari baik menjadi jahat, dari beriman menjadi kufur.

Dan tidak kurang yang masa mudanya jahat, berubah baik semasa tua. Kerana sudah puas berbuat jahat, datang kesedaran hati sampai bila perangai jahatnya nak berhenti. Maka datang taufik dari ALLah Taala meniupkan dalam sanubari “Berhentilah dari berbuat kejahatan kerana ajalmu tidak menentu”. Apabila datang tiupan ini, berhentilah dia dari kejahatan zaman mudanya. Beerhentilah dia dari berpeleseran dan dari perlakuan maksiat.

Tua seperti inilah yang bermakna kerana dari jahat menjadi baik, dari kufur bertukar beriman.

Aduhai tahun baru tidak berseri jika tidak disambut. Malap rasanya jika tidak ada pesta.

Diadakanlah pesta menyambut tahun baru. Diadakan konsert dengan penyanyi yang terkenal. Dari maghrib sampailah ke1 tengah malam berhibur menyambut kedatangan saat tahun baru. Berdenting aja jam besar, melompatlah mereka bersorak, membaling apa yang ad ke udara, meletupkan bunga api di angkasa raya.

Mereka datang dari jauh semata-mata meraikan tahun baru. Dan sudah pastilah ada yang tidak sempat pulang ke rumah. Bergelipanganlah mereka tidur di bawah kolong lelaki dan perempuan bercampur gaul. Mak tuan, esoknya pekerja majlis perbandaran menggeleng kepala melihat dan mengumpulkan kondom yang telah digunakan malah seluar dalam juga bersepah. Menggarulah dia akan kepalanya walau tidak gatal.

Itu belumlah diceritakan sambutan tahun baru di kelab malam dan kelab eksikutif. Jangan ceritalah menogok arak. Mabuk dan masuk ke bilik dengan bukan mahram.

Nak mencegah kaum bukan Islam meraikan tahun baru secara melampau dikatakan nanti melanggar hak asasi manusia. Dan Islam juga melarang menegah apa yang tidak ada hukum haram dalam agama mereka. Namun orang Islam hanyalah mampu memberikan suntikan bahawa menyambut kedatangan tahun baru secara melampau adalah tidak bermoral. Tidak bermoral bermaksud tidak mempunyai etika atau berperangai tidak normal seperti manusia normal.

Bagi orang Islam, tidak ada salahnya meraikan kedatangan tahun baru masehi ini. Cuma sambutlah dengan tahlil dan doa 3dengan harapan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini. sama-sama meraikan pertambahan umur dengan harapan umur yang akan datang lebih baik dari umur yang lepas. Adakan tazkirah dengan ustadz dan pencermah, itu terlebih baik. Bertambah umur bertambahlah iman dan bertambah kebaikan diri. kerana baik hari ini dari semalam adalah membawa seribu rahmat kepada diri, agama dan negara.

Selamat bertemu kembali dengan sempadan pergerakan masa. Selamat bertemua kembali dengan tarikh penghitung usia tahunan

Wassalam.

 

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: