Penggunaan kalimah ALLah pada Bible di dunia umumnya dan di Malaysia khususnya: Satu kupasan dari sudut hak milik dan kebenaran penggunaan.

Posted on January 15, 2013. Filed under: Isu semasa |

Assalaamualaikum.

Tulisan ini adalah berasal dari tulisan penulis dalam mengupas isu penggunaan kalimah ALLah yang kabarnya diminta oleh penganut kristen di Malaysia, di laman sosial Facebook.

Isu ini telah berlaku dizaman era pemerintahan Pak Lah menjadi Perdana Menteri lagi. Dan sekarang ia muncul semula. Dan akibat yang telah dijangka, Parti Islam SeMalaysia menjadi mangsa tuduhan menyetujuinya.

Dan penulis menyorot kepada asas-asas penting isu ini seharusnya dilihat.  

_____________________________________

Isu Lim Guan Eng menyentuh tentang penggunaan kalimah ALLah bagi umat Kristen Malaysia, menjadikan isu tersebut lebih seru. Ia menjadi seru kerana ia dijadikan isu politik sedangkan ia isu agama.

Sebenarnya permintaan penganut kristen di Malaysia untuk menggunakan kalimah ALLah adalah isu lama. Ia telah berlaku dizaman Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi lagi. Namun ia senyap begitu sahaja setelah bantahan demi bantahan dilakukan oleh umat Islam.

Penulis melihat hal ini dari beberapa sudut yang dikira penting.

Sudut hak milik dan hakikat:

Penulis telah menuliskan sudut hak milik ini dahulu. Secara rengkasnya penulis menentang penggunaan kalimah ALLah, penulis ulang, kalimah ALLah. Kerana kalimah ALLah adalah bahasa Arab. Ia adalah mutlak kerana Islam diturunkan dalam bahasa Arab dan ALLah itulah kalimah bagi nama Tuhan yang satu2nya.

Secara umum Tuhan dalam bahasa Ibrani ialah Yahweh. Yahweh adalah Tuhan yang umum. Sama seperti Tuhan adalah kalimah umum Penguasa alam raya, Pencipta dan Pengatur. Namun Islam Tuhan itu nama khasnya ialah ALLah. Dan nama khas bagi Yahweh dalam bahasa Ibrani ialah Eloah atau jamaknya Elohim.

Kristen berkata Eloah adalah perubahan yang berlaku kepada bahasa dimana Eloah berubah menjadi ALLah. ALLah dan Eloah adalah sama kalimah. Jadi kristen Koptik Arab menggunakan kalimah ALLah menggantikan Eloah kebetulan mereka juga berbangsa Arab.

Inilah hujah mereka.

Namun adalah wajar kita melihat hal ini dari sudut penggunaan asal bahasa.

Seperti Islam yang diturunkan asalnya dengan bahasa Arab, maka berhaklah ia menggunakan kalimah ALLah. Atas dasar ini kristen tidak berhak menggunakan kalimah ALLah tetapi hendaklah menggunakan bahasa aslinya iaitu Eloah. Ayat2 dalam Bible berbahasa melayu hendaklah menggunakan kalimah Eloah seperti “Dialah Tuhan Eloahmu yang Esa”. Ini barulah wajar dan adil, sama2 menggunakan bahasa asal.

Eloah pada hakikat bagi kristen ialah Tuhan yang tiga. Haruslah disebut Eloah Bapa, Eloah Anak dan Roh Kudus. Tidak harus kristen cuba menggunakan kalimah ALLah sebagai ALLah Bapa, ALLah Anak dan Roh Kudus. Sedangkan ALLah jelas bagi kefahaman Islam ialah Nama bagi Tuhan yang Esa.

Ertinya hendaklah penganut Kristen kembali kepada bahasa nenek moyangnya iaitu Ibrani, samalah dengan umat Islam yang menggunakan kalimah nenek moyang bahasa Arab dalam menyebut nama Tuhan.

Dan umat Islam tidak pernah meminta menggunakan kalimah Eloah atau Elohim kerana itu bukan bahasa nenek moyang yang membawa agama Islam.

Sudut kebenaran penggunaan:

Mahkamah (Mahkamah Tinggi Ipoh) kabarnya telah membenarkan semakan semula terhadap larangan penggunaan kalimah ALLah ini pada kitab Bible berbahasa Malaysia. Dan dalam masa semakan, Bible Sociaty of Malaysia yang menggunakan kalimah ALLah telah beredar di Sabah. Penulis memilikinya apabila dihadiahkan oleh seorang rakan sekerja beragama Kristen.

Dan apabila mahkamah yang menjadi kuasa pemutus tertinggi dalam perundangan sekular Malaysia telah membenarkan, rakyat harus menurutinya. Kerana mahkamah adalah pemutus perselisihan. Engkar kepada mahkamah bermakna engkar kepada keluhuran perlembagaan.

Dan mungkin dengan kebenaran semakan itu, ia dilihat sebagai satu kelonggaran untuk pehak penganut kristen menggunakan kalimah ALLah pada Bible terjemahan itu.

Bible berbahasa Melayu telah lama beredar:

Imej3154 - Copy (2)Seperti yang telah disebutkan di atas, sebenarnya kalimah ALLah telah lama digunakan dalam Bible Malaysia. Cuma ia kurang diketahui sahaja. Bible ini memang ada dalam simpanan Pak Nur dihadiahkan oleh seorang rakan sekerja Kristen di Sabah.

Namanya Bible Berita Baik, Bible Sociaty Of Malaysia. Di dalamnya tertera The Bible Sociaty Of Malaysia, No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara Kim, 47000 Petaling Jaya, selangor DE.

1)      ISBN 9830300102 (BSM 10;MALAY;TMALAYYV-032P TI;12M-2001)

2)      ISBN 9830300102 (BSM 10;MALAY;TMALAYYV-038P TI;0.3M-2001)

Majlis Fatwa dikatakan telah memfatwakan bahawa umat Kristen tidak boleh menggunakan kalimah ALLah ini. Namun mengapa ia digunakan juga? Persoalannya siapa meluluskan penggunaan kalimah ALLah ini? Siapa? Dan siapa membenarkan pengedarannya?

Dan menurut sebuah portal, pada 2hb. April, 2011, menteri kabinet Idris Jala telah mengumumkan bahawa mesyurat kabinet dapor kerajaan telah membenarkan pengimportan Bible dari Indonesia yang mengandungi kalimah ALLah. Dan pada bulan Januari 2010 sebelumnya, menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumukan bahawa kalimah ALLah boleh digunakan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Sabah dan Sarawak iaitu negeri-negeri yang tidak bersultan. Kebenaran berita ini tidaklah diketahui, namun jika benar ia adalah sesuatu yang mendukacitakan.

BibleJika ia telah beredar, isu yang dihebohkan hanya kitar semula yang menjadi mainan politik sahaja. Kerana jika tidak permainan politik, mengapa Bible ini telah beredar? Apakah kerajaan tidak tahu ada Bible dalam negara menggunakan kalimah ALLah dan sedang beredar? Persoalan ini memang perlu dijawab oleh mereka yang mempolitikkan isu ini.

Di dalam Bible terjemahan Malaysia mahupun Indonesia, jelas ada banyak penggunaan kalimah ALLah. Contoh nyata ialah seperti ayat “Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama ALLah. Sejak permulaan Firman itu bersama-sama ALLah…” (Yohanes 1: 1-4). Bukan ini sahaja bahkan semua tajuk bagi bab yang menyentuh Tuhan, pasti kalimah ALLah yang ditulis.

Hubaya2:

Dan seperti biasa tindakbalas dari umat Islam adalah bantahan demi bantahan dilakukan. Bahkan individu yang menjadikan isu ini sebagai modal kepentingan politik sempit, begitu bersemangat untuk menentang hingga seolah-olah penganut kristen itu harus diperangi. Mereka memekik-mekik seolah medan jihad sudah mahu dimulakan.

Sudah hilangkah kewarasan umat Islam apabila mahkamah membenarkan semakan semula pengunaan kalimah itu? Apakah umat Islam hanya bersandarkan demontrasi atau raja2, atau lengan yang kurus, atau amaran menjerit2.

Penulis menegaskan tidak wajar. Kerana isu ini adalah isu global. Umat Kristen Malaysia pasti mempunyai hujah tersendiri dan satu daipadanya ialah hujah kristen Koptik Mesir sendiri menggunakan kalimah ALLah. Bahkan mereka akan berhujah dalam Quran sendiri menyebut orang kafir apabila ditanya siapa mencipta langit dan bumi, mereka menjawab ALLah. Ertinya mereka mahu menggunakan kalimah, bukan mahu merebut hakikat ALLah yang Esa.

Apakah resolusi umat Islam?

Tidak dapat tiada umat Islam wajib bergerak segera menjelaskan Tauhid terutama Sifat 20 seluasnya. Para Mufti wajib mengeluarkan arahan supaya kelas2 Sifat 20 diadakan disetiap masjid. Wajib ada kelas Sifat 20 di setiap masjid selepas solat maghrib. Kerana apabila mahkamah telah membenarkan penggunaan itu kepada penganut Kristen, umat Islam wajib bangkit memperkemaskan ilmu aqidah, bukan sekadar berdemontrasi dan menunjukkan lengan yang kurus kering itu. Dan para ustadz mahu tidak mahu, wajib mahir Sifat 20 dan mampu mengajarnya tak kiralah menggunakan bahasa kitab moden atau bahasa kitab lama.

Dan kerajaan wajib memasukkan dalam korikulum pelajaran agama, pelajaran Tauhid Sifat 20 dengan mendalam, dan hendaklah pelajaran agama dijadikan mata pelajaran teras dan wajib lulus, dimana jika tidak lulus gagallah peperiksaan.

Ertinya adalah menjadi tanggung jawab ulama dan mereka yang mempunyai reputasi keulamaan untuk memberi pelajaran dan kefahaman Tauhid kepada umat Islam diluar bilik darjah. Dan kerajaan pula berkewajiban memberi pelajaran Tauhid di dalam bilik darjah. Hanya dengan inilah sahaja umat Islam akan selamat dari apa juga mehnah akibat kebenaran penggunaan kalimah ALLah kepada kaum bukan Islam.

Jadikan umat Islam umat ilmiah, jangan jadikan umat Islam umat terrorist hanya dengan kalimah ALLah. Kerana ALLah dan Eloah jelas berbeza jika diketahui. Tidak mengetahui perbezaannya itulah yang menyebabkan umat Islam dilihat kurang daya ilmiah.

Jangan hanya melaung “Kristen tidak boleh menggunakan kaimat ALLah. Ia milik kami umat Islam”. Bila ditanya orang Kristen “ALLah tu apa”, kita ketawa dan kemudian bungkam.

Wassalam.

Sumber:

1) Bible Sociaty Of Malaysia.

2) https://shahil.wordpress.com/2010/02/19/mengoreksi-kesilapan-penggunaan-kalimah-allah-oleh-lembaga-al-kitab-indonesia-lai/

3) http://www.facebook.com/iskandar.zulkarnain.391420 11hb. Januari, 2013

4) http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/statement-from-the-office-of-datuk-seri-idris-jala

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: