Penggunaan kalimah ALLah pada Bible di dunia umumnya dan di Malaysia khususnya: Satu kupasan menurut hakikat Tauhid dan hukum pemerintah membenarkan penggunaannya dalam keadaan berkuasa mencegah.

Posted on January 17, 2013. Filed under: Isu semasa |

Assalaamualaikum.

Wajarkah Nama ALLah diluluskan penggunaannya kepada Tuhan dalam Bible Kristen? Apakah wajar Ismu Jalalah itu dibenarkan untuk dinisbahkan kepada Tuhan selain yang dikenal dalam agama Islam?

Ekoran terbongkarnya sikap kerajaan yang meluluskan kalimah ALLAh digunakan di dalam Bible terjemahan Malaysia dan membenarkan Bible dari luar yang sama beredar dalam negara, maka ia menggamit penulis akan mengajak pembaca melihat dari sudut ilmu Tauhid, dimana penulis akan membuktikan bahawa tidak wajar sama sekali pemerintah yang beragama Islam meluluskan Ismu Jalalah yang Maha Mulia itu digunapakai kepada “Tuhan” selain Islam.

Hakikat Zat yang Tunggal:

Orang Islam meyakini bahawa ALLah Taala itu Esa. ALLah adalah Tunggal. ALLah Taala adalah ketunggalan hakikat dari Zat (Diri), Sifat (Perlakuan), Asma’ (Nama) dan Af’al (Perbuatan). Tidak ada duanya atau tidak ada berbilangnya empat hakikat itu. Ilmu Tauhid Sifat 20 telah menjelaskan dengan terang seterang matahari ditengahari tanpa awan.

Kembali kepada Ismu Jalalah ALLah,ia adalah nama bagi Zat. Nama Zat itulah ALLah. Dan Zat itu adalah Tuhan yang Tunggal. Zat yang Tunggal itu bukan trinity yang diiktiqadkan oleh agama Kristen.

ALLah adalah IsmuzZat kerana ia berdiri sendiri tanpa mempunyai jalan untuk diberikan maksud. IsmuzZat ini hanya mendapat maksud jika digabungkan dengan sifat yang lain seperti Kebesaran maka bermaksudlah ALLah yang Maha Besar.

IsmuzZat ini hanya tertentu kepada Zat yang Tunggal. Ia tidak ada sama sekali untuk selain Zat yang Tunggal itu. Maka jadilah Zat yang Tunggal itu bernama ALLah. Digabungkan dengan kalimat kemuliaan Taala jadilah Zat yang Tunggal itu bernama ALLah yang Maha Tinggi.

Hakikat trinity:

Trinity adalah iktiqad Kristen yang meyakini Tuhan adalah terdiri dari tiga diri peribadi. Tuhan bukanlah Tunggal tetapi tiga yang bersekutu atas satu persekutuan. Dan persekutuan itulah yang dinamakan keesaan atau satu dalam tiga dan tiga dalam satu, atau trinity.

Tuhan tidak mempunyai Zat. Ia adalah fatamorgana tanpa trinity. Trinity ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Ia adalah satu pada hakikat tetapi tiga pada pendzahiran.

Demikianlah kata penganut kristen.

Tidak harus ALLah diletak pada bukan tempatnya yang hak:

Jangan meletakkan ismu Jalalah pada bukan haknya. Jangan diletakkan IsmuzZat yang Esa, yang letaknya pada Zat yang Esa, kepada trinity. Kerana trinity bukan ajaran Nabi Isa bahkan bukan ajaran Nabi-Nabi melainkan terbit dari pemikiran manusia.

Ismu Jalalah pada zaman Nabi Musa adalah Eloah. Jika kristen mahu meletakkan nama bagi trinity, letakkanlah nama Eloah itu walaupun Musa dan Isa tidak pernah melakukan demikian.

Zalim kepada ALLah jika pemimpin Islam meluluskan kalimah ALLah untuk trinity:

ALLah adalah Nama bagi Tuhan yang Tunggal satu-satunya. Tidak ada yang lain melainkan Dia. Demikianlah keyakinan Muslim dan demikianlah hakikat.

Maka mengapakah pemimpin Islam meluluskan dan memberikan kebenaran ismuzZat itu digunakan oleh penganut trinity? Seharusnya pemimpin Islam bertegas menyuruh penganut trinity menggunakan kalimah asal Tuhan mereka iaitu Eloah. Jika Eloah yang mana ia Nama Zat Yang Tunggal menurut bahasa zaman Musa, mahu ditrinitykan, merekalah yang akan menagung akibat siksaan Tuhan. Namun Eloahlah yang wajar bagi Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Memberi kebenaran nama ALLah yang Mulia untuk dipadankan kepada trinity adalah satu kezaliman. Kerana pemimpin yang berTauhid tidak akan redha Nama Tuhan yang jelas Tunggal, digunakan pada tempat yang salah. Seseorang yang waras tidak akan redha nama ayahnya yang bagi seperti Abdul Rahman, diberikan kepada penjenayah Bentong Kali atau Botak Chin, atau Yokshire Ripper. Tidak akan redha nama Almarhum mantan Perdana Menteri Tun Razak diberikan kepada penjenayah atau perogol. Kerana zalim itu ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya iaitu sesuatu perbuatan yang dikatakan zalim itu ialah tindakan yang melampaui batasan agama Islam sendiri, iaitu tindakan seseorang yang melampaui batasan akidah dan peraturan kehidupan yang ditetapkan ALLah Taala.

Maka dimanakah rasa ihsan dan iman apabila pemerintah yang mengaku beriman kepada Zat, Sifat, Asma dan Af’al Tuhan yang Tunggal, tetapi membenarkan AsmaNya digunakan kepada khayalan trinity? Ia samalah hakikatnya jika demikian, dengan membenarkan nama ayah yang mulia digunapakai kepada seorang penjenayah, pemerkosa wanita atau perompak.

Muslim yang mengenal Tuhannya tidak akan melakukan demikian.DSCN0116 - Copy

Namun kerjaan Malaysia yang diterajui oleh orang Islam telah melakukannya. Bible Sociaty of Malaysai diizinkan menggunakan kalimah ALLah, orang kristen dibenarkan menyebut trinity dengan kalimah ALLah ALLah Bapa, ALLah Anak dan Roh Kudus, dan Ismul A‘dzam telah diletakkan pada bukan haknya.

ISBN 9830300102 (BSM 10;MALAY;MALAYV-032P TI;12M-2001 dan ISBN 9830300110 (BSM 10;MALAY;MALAYV-038P TI;0.3M-2001, demikianlah keizinannya.

Penulis hanya dapat berkata, Astaghfirullah.

Wassalam.

Sumber:

1)      Aqidatun Najiin Fi Ilmu Usuluddin: Tuan Minal.

2)      Miftahul Jannah: Syeikh Muhd Taib al-Banjari.

3)      Syarah Usul Tahqiq: Tanpa nama

4)      Kasyful Asrar: Syeikh Muhd Saleh Minangkabawi

5)      Alkitab Berita Baik Bible Sociaty of Malaysia cetakan 2001

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

One Response to “Penggunaan kalimah ALLah pada Bible di dunia umumnya dan di Malaysia khususnya: Satu kupasan menurut hakikat Tauhid dan hukum pemerintah membenarkan penggunaannya dalam keadaan berkuasa mencegah.”

RSS Feed for Shahil's Weblog Comments RSS Feed

Assalamualaikum,
Saya setuju dengan penulis. Tak kira kita cap apapun, bila menyentuh hal agama kira haruslah berfikiran rasional demi masa depan iman anak cucu kita


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: