Hudud, qisas dan takzir hukum mandatori Islam: Hukum jenayah di Malaysia bukanlah takzir dan tidak sah dikatakan takzir.

Posted on February 20, 2013. Filed under: Kesyumulan Islam |

Assalaamualaikum dan salam hormat.

Ramai dari orang yang berfikiran bahawa hukum hudud dan qisas tidak mungkin dapat dilaksanakan dizaman moden, mengatakan undang-undang jenayah Malaysia ialah hukum takzir. Mereka mengatakan oleh kerana pembuktian jenayah menurut syarat-syarat hukum hudud dan qisas tidak memungkinkan ia diperolehi, maka tidak dapat tidak undang-undang jenayah Malaysia adalah hukum takzir Islam.

Benarkah pendapat ini?

Penulis mengatakan ia tidaklah benar. Hukum jenayah di Malaysia bukanlah takzir pada hakikatnya dan tidak sekali-kali sah dikatakan takzir.

Mengapa ia bukan takzir dan tidak sah dikatakan takzir? Marilah kita melihat secara jelas menurut sistem Islam itu sendiri dan juga menurut perjalanan sistem perundangan negara. Kedua-duanya harus dihubungkaitkan kerana hukum tersurat dan zaman tidak boleh dipisahkan. Hukum adalah pemutus dan zaman adalah keadaan semasa.

Hudud dan takziar adalah hukum asal, dan takzir adalah hukum gantian.

Umum mengetahui bahawa hudud dan takzir adalah hukum jenayah yang asal. Jika berzina, mencuri, dan jenayah yang berkaitan, ia akan dirujuk kepada hudud. Dan jika membunuh ia akan dirujuk kepada qisas. Jika berzina dengan cukup syarat saksinya, penzina akan disebat seratus rotan. Jika mencuri tanpa ada sistuasi yang menghalang ia dari dihukum seperti kesempitan hidup, ia akan dipotong pergelangan tangannya. Ertinya apabila cukup syarat-syarat penjenayah menurut hudud dan qisas, mereka akan dihukum menurut hukum tersebut.

Dan apabila kesalahan itu tidak dapat dibuktikan dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam syariah, mereka yang terlibat akan dipindahkan kepada hukum gantian yang setara. Hukum setara ini dinamakan takzir iaitu hukum yang ditetapkan pemerintah bagi menggantikan hukum asal hudud dan qisas itu. Ia termasuklah penjara, kerja berat, buang daerah dan sebagainya. Ertinya pemerintah dibenarkan untuk menghukum penjenayah itu dengan hukum yang munasabah dengan jenayah yang mereka lakukan.

Takzir hanya akan sah ujudnya dengan pengqanunan hudud dan qisas.

Dalam sistem perundangan Malaysia, setiap kesalahan jenayah adalah tertakluk kepada hukum yang telah ditetapkan dalam undang-undang negara. Setiap jenis jenayah yang dilakukan terdapat seksyen-seksyen khusus yang dikenali jgua sebagai qanun jenayah. Apabila seseorang membunuh contohnya, ia terbahagi kepada membunuh dengan niat atau tanpa niat, yang ditetapkan menurut klausa yang jelas.

Ertinya disini, pengqanunan bentuk-bentuk hukuman terhadap jenayah tertentu adalah dilakukan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan dikuatkuasakan.

Difaham dari itu, apabila seseorang mencuri, jika menurut hukum Islam, pencuri itu wajib diadili menurut penghakiman Islam. wajib ia diselidiki apakah ia benar-benar miskin maka ia terpaksa mencuri untuk menyambung nyawa, apakah pehak zakat telah membantunya. Maka jika ia benar-benar miskin dan tanpa dibantu, ia terlepas dari hukum hudud yakni dikerat tangannya. Maka wajib ia dihukum dengan hukum gantian iaitu takzir seumpamanya penjara dengan kerja berat. Namun dimanakah dasar untuk menjatuhkan hukum takzir jika asas rujukan iaitu hudud tidak diqanunkan sesuai dengan sistem perundangan Malaysia? Ertinya tanpa pengqanunan hudud, tidaklah ada tempat untuk dirujuk jenayah mencuri.

Tidak sejajar dengan Islam apabila “takzir” diqanunkan sedang hudud tidak diqanunkan.

Penulis melihat keadaan menjadi terbalik. Kerana hukum yang ada sekarang didakwa takzir. Ia telah diqanunkan dalam undang-undang negara. Jelas apabila belaku jenayah, pemerintah Malaysia terus merujuk kepada seksyen-seksyen yang sedia ada. Dan seksyen-seksyen itu adalah ketetapan-ketetapan hukuman terhadap jenayah yang berlaku yang didakwa hukum “takzir”.

Adalah terbalik apabila hukum asas hudud tidak diqanunkan tetapi “takzir” pula yang diqanunkan. Seharusnya hudud diqanunkan dan dirujuk apabila berlaku jenayah, dan apabila syarat-syarat untuk menjatuhkan hudud tidak didapati, barulah ia dirujuk kepada syeksyen-syeksyen “takzir”

Maka atas dasar ini, takzir tidaklah ujud dalam undang-undang jenayah di Malaysia. Kerana seperti yang telah dinyatakan, hukum takzir adalah gantian kepada hukum hudud. Dan takzir hanya ujud dan berlaku apabila jenayah itu dirujuk kepada hudud terlebih dahulu bagi setiap perlakuan jenayah. Dan tanpa merujukkan setiap jenayah yang berlaku kepada hudud, hukum gantian tidak sah dikatakan takzir.

Maka atas hujah ini, penulis menegaskan bahasa hukum jenayah di Malaysia bukanlah hukum takzir. Dan ia bukanlah perundangan Islam sebenarnya kerana ia tidak menurut sistem hudud dan takzir yang digariskan Islam.

Demikian pegangan penulis.

Wassalam.

 

 

 

Make a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: